Pesawat MAS bermasalah, Beberapa Ahli Parlimen terkandas di Jakarta 20 jam

  • News
  • March 6, 2023

KUALA LUMPUR: Empat ahli Parlimen dijangka tidak sempat hadir ke mesyuarat Parlimen yang berlangsung hari ini kerana terkandas selama hampir 20 jam di Jakarta dipercayai akibat masalah teknikal pada pesawat Malaysia Airlines (MAS) dijadual menuju ke ibu negara, semalam.

Wakil-wakil rakyat itu ialah Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen; Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Kesemua mereka telah ke Jakarta sejak tiga hari lalu bagi menghadiri persidangan Ahli Parlimen ASEAN Untuk Hak Asasi Manusia.

Beberapa ahli Parlimen Malaysia yang lain turut hadir ke persidangan sama namun tidak dapat dipastikan sama ada mereka turut terkandas dalam penerbangan sama atau telah pulang ke ibu negara lebih awal.

Lee Wuen berkongsi dalam hantaran ringkas di Facebooknya berkata, penerbangan yang dijadualkan berlepas semalam telah dibatalkan kerana terdapat masalah melibatkan sistem komunikasi yang mana juruterbang tidak dapat berhubung dengan menara kawalan trafik udara.

“Mereka mengetahuinya sebelum kami terbang. Mereka cuba memulakan semula sistem beberapa kali tetapi tidak berfungsi.

“Jadi, kami diberitahu mereka mungkin perlu mengangkut kami ke hotel untuk bermalam.

Kami masih tidak tahu bila kami akan terbang esok (hari ini),” katanya.

Sementara itu, Wong Chen dalam hantaran di Facebooknya turut berkata, mereka dimaklumkan pihak Malaysia Airlines yang tiada pesawat boleh menerbangkan mereka pagi ini kerana sudah penuh.

Katanya, jika bernasib baik, mungkin ada antara mereka yang dapat mengejar penerbangan pukul 3.45 petang ini.

Dalam hantaran sama, beliau turut menyebut akaun Facebook Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook meminta bantuan supaya menyelesaikan masalah penerbangan MAS yang tertangguh, namun kenyataan itu telah dipadam tidak lama kemudian.

“Ini sama sekali tidak boleh diterima! Jika MAS mempunyai pesawat yang terkandas di Jakarta, MAS perlu menghantar satu dari Kuala Lumpur malam ini (semalam) untuk mengambil penumpang yang terkandas pagi esok (hari ini) atau hantar kami pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki syarikat penerbangan lain.

“MAS tidak boleh membuat kita menunggu 20 jam lagi atau lebih tanpa kepastian tempat duduk pesawat (jika ada) pada 3.45 petang esok (hari ini),” katanya.

Pesawat dinaiki mereka dijadual berlepas pukul 6.40 petang semalam, namun mereka tidak berkongsi nombor penerbangan atau kod pesawat MAS itu.

Wilfred pula berkata: “Kami sudah daftar masuk dan melalui imigresen. Tiba-tiba penerbangan ditangguh selepas itu batal. Selaku ahli Parlimen, saya bertanggungjawab untuk hadir di Dewan Rakyat esok (hari ini). Kami berempat Ahli Parlimen terpaksa menunggu di Jakarta sehingga ada pesawat MAS. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Sequeira

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Datuk Kuok Meng Xiong Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan PPB Group Bhd

  • June 3, 2026
Datuk Kuok Meng Xiong Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan PPB Group Bhd

Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

  • June 3, 2026
Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

Helios Solar Plans EUR27 Million IPO on Frankfurt Stock Exchange

  • June 3, 2026
Helios Solar Plans EUR27 Million IPO on Frankfurt Stock Exchange

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

  • May 29, 2026
MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

MN Holdings Raih Prestasi Kukuh, Keuntungan Suku Ketiga Cecah RM21.3 Juta

  • May 29, 2026
MN Holdings Raih Prestasi Kukuh, Keuntungan Suku Ketiga Cecah RM21.3 Juta

IJM Properties Lupuskan Aset Komersial di Sandakan pada Harga RM47.5 Juta

  • May 29, 2026
IJM Properties Lupuskan Aset Komersial di Sandakan pada Harga RM47.5 Juta