Pengasas Revenue umum letak jawatan, tekad pertahankan diri dari tuduhan tidak berasas

KUALA LUMPUR: kemelut di dalam kumpulan revenue group memasuki fasa baharu apabila Pengarah Bersama Revenue Group Sdn. Bhd, Dino Ng Shih Fang dan Brian Ng Shih Chiow mengumumkan peletakan jawatan masing-masing hari ini.

Di dalam satu kenyataan bersama, kedua beradik itu memaklumkan bahawa tindakan mereka itu amat menyedihkan kerana ini adalah syarikat teknologi yang mereka telah asaskan bersama sejak 2003.

“Sedangkan kami adalah perintis kepada penyelesaian pembayaran dan pakar dalam menyediakan platform pembayaran yang sepenuhnya bersepadu untuk mana-mana perniagaan.

“Malangnya, kami tidak lagi boleh menjadi sebahagian daripada syarikat ini, setelah berlakunya cubaan untuk mengambil alih Revenue sejak Disember 2022, begitu juga dengan usaha menyingkirkan kami berdua daripada syarikat ini, yang digerakkan oleh Eddie Ng Chee Siong. Sudah banyak yang dilaporkan media mengenai perkara ini,” katanya.

Malah Dino dan Brian meluahkan rasa kesal masing-masing terhadap tuduhan yang tidak berasas dilemparkan kepada mereka berkenaan Revenue.

Enggan membiarkan salah faham berlarutan, kedua-dua pengasas berkenaan nekad untuk mempertahankan diri dan yakin kebenaran di pihak mereka.

Mengulas lanjut, Dino dan Brian juga enggan mengiktiraf barisan Lembaga Pengarah Revenue yang terkini.

“Kami tidak mahu menjadi tetamu di rumah kami sendiri, rumah yang kami bina. Sedangkan kebimbangan kami adalah barisan Lembaga Pengarah pada hari ini adalah asing dengan perniagaan teras Revenue.

“Bagaimanapun, kami yakin ini bukan penghujung jalan untuk kami. Masa depan terhadap penyelesaian pembayaran kekal menjanjikan.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong, pelanggan dan kakitangan kami sepanjang tahun. Kami berharap anda akan terus menyokong kami pada masa akan datang,” ujar mereka lagi.

Sequeira

Related Posts

Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

KUALA LUMPUR: Hextar Technologies Solutions Berhad muncul sebagai pemegang saham terbesar dalam Widad Group Berhad dengan pegangan sebanyak 23.03 peratus, berikutan perjanjian penjualan tanah di Nilai, Negeri Sembilan. Di bawah…

TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB), menerusi anak syarikat milik penuhnya, TNB Repair and Maintenance Sdn Bhd (TNB REMACO), menandatangani kontrak tujuh tahun bersama Kementerian Elektrik, Air dan Tenaga Boleh…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

  • April 18, 2025
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

  • April 18, 2025
Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

  • April 18, 2025
Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

  • April 17, 2025
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis