Lebih ramai pelabur beralih kepada ringgit

KUALA LUMPUR: Ringgit mengekalkan momentum positif berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan pada Selasa, memandangkan ketidaktentuan global yang berterusan mendorong lebih ramai pelabur beralih kepada mata wang negara yang sedang pesat membangun, termasuk ringgit, kata peniaga.

Pada 9.20 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4710/4750 berbanding dolar AS daripada 4.4830/4885 ketika ditutup pada Isnin.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, berkata ketidaktentuan berlarutan susulan rundingan pembelian Credit Suisse oleh bank terbesar Switzerland, UBS.

“Krisis keyakinan dalam sistem perbankan ini sedang dipantau secara berhati-hati oleh semua peserta pasaran di seluruh dunia, manakala Switzerland melakukan satu campur tangan penting dalam sejarahnya untuk memudahkan transaksi antara UBS dan Credit Suisse.

“Di Malaysia, data imbangan perdagangan adalah lebih tinggi berbanding jangkaan, menandakan kemungkinan peningkatan ringgit berbanding dolar AS. Di AS, keputusan kadar faedah dijangka pada Rabu dan ini akan dipantau rapat oleh semua pelabur kerana ia berpotensi menjadi peristiwa yang menggerakkan pasaran utama,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.4101/4137 daripada 3.4177/4224 semasa ditutup pada Isnin namun, susut berbanding pound British kepada 5.4868/4917 daripada 5.4657/4724 semalam.

Ringgit rendah berbanding euro kepada 4.7916/7959 daripada 4.7843/7901.

Walau bagaimanapun, ringgit didagangkan lebih tinggi kebanyakannya berbanding mata wang lain ASEAN.

Mata wang tempatan tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.3406/3440 daripada 3.3408/3454 pada penutupan Isnin dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.1380/1560 daripada 13.1408/1631.

Ringgit stabil berbanding rupiah Indonesia kepada 291.00/291.40 daripada 291.80/292.30 namun turun berbanding peso Filipina kepada 8.23/8.24 daripada 8.20/8.21.

  • Coelho

    Related Posts

    Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ahli perniagaan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap perintah injunksi yang membekukan…

    LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

    KUALA LUMPUR – LYC Healthcare Berhad berdepan risiko digantung dagangan di Bursa Malaysia mulai 10 Ogos 2026 sekiranya gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 sebelum…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

    • September 30, 2026
    Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

    Sapura Resources kembali untung RM1.82 juta, sewa Permata Sapura sokong hasil suku kedua

    • September 27, 2026
    Sapura Resources kembali untung RM1.82 juta, sewa Permata Sapura sokong hasil suku kedua

    Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Grab beli saham lebih AS$30 juta selepas harga jatuh ke paras terendah tiga tahun

    • September 26, 2026
    Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Grab beli saham lebih AS$30 juta selepas harga jatuh ke paras terendah tiga tahun

    Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

    • September 19, 2026
    Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

    AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

    • September 19, 2026
    AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat