Johor bakal terima pelaburan RM80 bilion daripada Rongsheng Petrochemical

  • News
  • April 5, 2023

JOHOR BAHRU: Johor bakal menerima pelaburan bernilai RM80 bilion daripada Rongsheng Petrochemical Co Ltd, sebuah syarikat petrokimia terbesar China.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri Lee Ting Han berkata syarikat itu sebelum ini telah menyatakan hasrat untuk melabur khususnya di Pengerang selepas melakukan beberapa sir lawatan ke Johor dan perbincangan dengan Menteri Besar Datuk On Hafiz Ghazi.

Katanya komitmen pelaburan itu seterusnya berjaya dicapai hasil lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ke negara berkenaan baru-baru ini.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang telah berjumpa dengan pengurusan teratas syarikat ini di Beijing sekali gus berjaya mendapatkan komitmen syarikat tersebut untuk melabur di Malaysia.

“Sekiranya dapat direalisasikan, ia merupakan projek terbesar di Malaysia selepas projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) ole Petronas,” katanya pada sidang media selepas melawat tapak RTS Link Johor Bahru-Singapura di Marine Viaduct di sini, semalam.

Lee berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media mengenai pengumuman Anwar yang juga Menteri Kewangan mengenai perkara itu di Dewan Rakyat, semalam.

  • Coelho

    Related Posts

    FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

    KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

    • News
    • April 18, 2025
    • 398 views
    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    • June 5, 2025
    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    • June 4, 2025
    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    • May 29, 2025
    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

    • May 29, 2025
    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025