Petronas akan teruskan projek cari gali di Laut China Selatan – PM

  • News
  • April 4, 2023

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan meneruskan projek penerokaannya di Laut China Selatan, walaupun terdapat tuntutan bertindih bagi kawasan itu dengan China, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dinyatakan beliau kepada Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya, Li Qiang dalam lawatannya ke Beijing baru-baru ini.

Bagaimanapun, jelas beliau, kerajaan masih terbuka untuk berunding sekirnaya China merasakan Kawasan berkenaan adalah wilayah negara itu.

‘Apa pun, jika China menganggap ini sebagai hak mereka, kami terbuka untuk rundingan, tetapi dalam masa yang sama, untuk usaha penerokaan, kita akan teruskan.

“Saya tidak mahu mengelakkan rundingan kerana ini adalah pendirian ASEAN. Bagi ASEAN, semua tuntutan bertindih harus diselesaikan melalui rundingan, tetapi sehingga kini, Malaysia menegaskan bahawa ini (projek penerokaan) berada di kawasan atau wilayah Malaysia,” katanya semasa soal di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) sewaktu sesi pertanyaan kepada Perdana Menteri samada lawatan rasmi beliau ke China menyentuh tentang aspek keselamatan di rantau ini yang melibatkan tentera China di perairan laut China Selatan.

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

    • News
    • July 18, 2025
    Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

    KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    AIZO Catat Pemulihan Prestasi, Kerugian Semakin Mengecil

    • May 24, 2026
    AIZO Catat Pemulihan Prestasi, Kerugian Semakin Mengecil

    Berjaya Food Berhad Terus Menambah Koleksi Kerugian, Kali Ini Sebanyak RM14.32 Juta

    • May 22, 2026
    Berjaya Food Berhad Terus Menambah Koleksi Kerugian, Kali Ini Sebanyak RM14.32 Juta

    JAG Berhad Kembali Untung, Hasil Hampir RM65 Juta Dipacu Segmen Rawatan Sisa Industri

    • May 22, 2026
    JAG Berhad Kembali Untung, Hasil Hampir RM65 Juta Dipacu Segmen Rawatan Sisa Industri

    Mahkamah Tolak Permohonan SPRM Bekukan Akses Aset RM548 Juta Milik Na’imah dan Anak

    • May 22, 2026
    Mahkamah Tolak Permohonan SPRM Bekukan Akses Aset RM548 Juta Milik Na’imah dan Anak

    Teng Chang Khim dilantik sebagai Pengerusi SME Corp Malaysia yang baharu

    • May 19, 2026
    Teng Chang Khim dilantik sebagai Pengerusi SME Corp Malaysia yang baharu

    Syed Mokhtar Albukhary kini pemegang saham utama EcoWorld

    • May 18, 2026
    Syed Mokhtar Albukhary kini pemegang saham utama EcoWorld