Bursa Malaysia dibuka hampir tidak berubah

KUALA LUMPUR: Indeks utama Bursa Malaysia dibuka hampir mendatar pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati kekal dalam pasaran, menjejaki prestasi Wall Street dalam tempoh semalaman, dalam keadaan turun naik ketara dagangan, kata penganalisis.

Pada 9.12 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.70 mata kepada 1,424.19 daripada 1,424.89 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks itu dibuka 0.03 mata lebih rendah kepada 1,424.86.

Walau bagaimanapun, lingkungan pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 152 berbanding 121, manakala 214 kaunter tidak berubah, 1,729 kaunter tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 179.47 juta unit bernilai RM73.57 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng menjangkakan bursa tempatan positif dalam jangka masa terdekat, disokong oleh penilaian murah bagi indeks utama dan keadaan ekonomi yang bertambah baik di negara ini.

“Kami yakin pembelian semasa harga murah akan berlaku dan menjangkakan indeks penanda aras parasan akan berada dalam aliran berjulat 1,425 hingga 1,435 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank, Petronas Chemicals dan CIMB masing-masing susut dua sen kepada RM8.63, RM7.23 dan RM5.24, manakala Public Bank turun satu sen kepada RM4 dan TNB kurang lima sen kepada RM9.20.

Bagi saham aktif, Tanco dan Classita masing-masing meningkat setengah sen kepada 46.5 sen dan 20 sen, Sunsuria menokok enam sen kepada 67.5 sen, Reach Energy kekal tidak berubah pada 4.5 sen, dan ATA IMS menguncup satu sen kepada 30.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 0.34 mata kepada 10,455.48; Indeks FBMT 100 naik 0.14 mata kepada 10,140.69 dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 7.65 mata kepada 10,770.33.

Indeks FBM 70 naik 21.52 mata kepada 13,611.18 manakala Indeks FBM ACE turun 17.08 mata kepada 5,311.13.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan kurang 13.61 mata kepada 15,732.34; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.1 mata kepada 172.98; Indeks Perladangan menguncup 0.18 mata kepada 6,723.42 manakala Indeks Tenaga menambah 2.36 mata kepada 864.01.

  • Coelho

    Related Posts

    Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

    BENGALURU: Harga emas global merosot lebih dua peratus, susulan pelabur beralih kepada dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai aset selamat selepas pengumuman tarif besar-besaran oleh Washington mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi…

    • Pasaran
    • January 20, 2025
    • 319 views
    Bursa Malaysia rendah meskipun Wall Street catat prestasi kukuh

    KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, walaupun Wall Street mencatatkan prestasi kukuh menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini. Pada 9.10 pagi, FTSE…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

    • April 15, 2025
    TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

    Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

    • April 15, 2025
    Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

    Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

    • April 11, 2025
    Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    • April 9, 2025
    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM