Ringgit dibuka rendah, RM4.40 sedolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat susulan Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka mengekalkan kadar faedah tidak berubah buat sementara waktu dalam mesyuarat yang akan diadakan pada 2 dan 3 Mei ini.

Beliau berkata, ini berdasarkan data Tuntutan Pengangguran Awal AS yang lebih tinggi iaitu 228,000 berbanding jangkaan pada 200,000.

Pada 9.02 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.4000/4050 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Khamis pada 4.3950/4010.

Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata data Tuntutan Pengangguran Awal yang lebih tinggi berbanding jangkaan itu menunjukkan pasaran buruh semakin lemah, sejajar dengan Perubahan Pekerjaan ADP yang susut kepada 145,000 pada Februari (Januari: 242,000).

“Ini nampaknya telah memperkukuh jangkaan berhubung Kadar Dana Fed dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed (FOMC) pada 2 dan 3 Mei.

“Oleh itu, kami menjangkakan dolar-ringgit (USD/MYR) kekal dalam julat RM4.39 hingga RM4.40 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, pasaran juga akan memberi tumpuan kepada senarai gaji bukan ladang AS yang akan dikeluarkan malam ini.

Tuntutan Pengangguran Awal adalah penunjuk ekonomi yang dikeluarkan setiap Khamis yang mengukur bilangan orang yang memfailkan insurans pengangguran buat kali pertama pada minggu sebelumnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.3399/3440 berbanding 3.3465/3514 pada penutupan Khamis serta meningkat berbanding pound British kepada 5.4718/4781 daripada 5.4753/4828.

Ringgit walau bagaimanapun turun berbanding euro kepada 4.8026/8081 daripada 4.7936/8002.

Pada masa yang sama, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang negara ASEAN.

Mata wang tempatan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 295.00/295.40 daripada 294.70/295.20 ketika ditutup semalam, dan turun berbanding baht Thailand kepada 12.8919/9175 daripada 12.8893/9145.

Ringgit juga susut berbanding peso Filipina kepada 8.08/8.10 daripada 8.07/8.09 namun, tidak berubah berbanding dolar Singapura kepada 3.3065/3105 daripada 3.3065/3113 semalam.

  • Coelho

    Related Posts

    Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ahli perniagaan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap perintah injunksi yang membekukan…

    LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

    KUALA LUMPUR – LYC Healthcare Berhad berdepan risiko digantung dagangan di Bursa Malaysia mulai 10 Ogos 2026 sekiranya gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 sebelum…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028