Industri vape tolak GEG, minta sekatan ditarik balik

KUALA LUMPUR: Peserta industri vape tempatan hari ini menyatakan pendirian menolak cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melaksanakan Generasi Penamat (GEG) untuk vape.

Sejumlah 11 persatuan dan syarikat dalam industri terbabit dalam satu kenyataan berkata, industri turut memohon agar KKM mengambil tindakan untuk menarik balik sekatan dan larangan import produk vape bernikotin sedia ada untuk membolehkan produk dapat diimport secara sah dan berbayar cukai.

Pada minggu lalu, Timbalan Menteri Kesihatan dan pegawai-pegawai KKM telah mengadakan suatu mesyuarat bersama wakil pemain industri tempatan untuk berbincang hala-tuju kawal selia setelah cecair vape bernikotin telah dikecualikan daripada Akta Racun untuk mula dikawal selia dan dicukaikan.

Katanya, dalam mesyuarat itu, pegawai KKM menyatakan pendirian dan bertegas untuk melaksanakan cadangan GEG yang dicadangkan mantan menteri kesihatan sebelum ini walaupun ia telah menerima tentangan dari pelbagai pihak.

“Peserta industri vape telah menolak cadangan berkenaan kerana ia akan memberikan kesan kepada industri dan menyatakan bahawa lebih banyak kajian perlu dibuat sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Ini adalah selaras dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi soal jawab di Parlimen baru-baru ini di mana kerajaan tidak boleh mengambil tindakan drastik pengharaman produk memandangkan ia digunakan dengan sangat meluas di negara ini dan kawal selia dengan pendekatan “sederhana” perlu dilaksanakan.

“Industri turut menyaran agar KKM mengambil pendekatan untuk melihat vape sebagai suatu produk yang kurang mudarat berbanding rokok untuk mengurangkan kadar perokok di negara,” kata mereka.

Persatuan dan syarikat terbabit yang membuat kenyataan bersama itu adalah Malaysia Retail Electronic Cigarette Association (MRECA); NSTY Worldwide Sdn Bhd; Vape Empire Distribution Sdn Bhd; Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM); Bangsawan Distribution Sdn Bhd; Persatuan Peniaga Vape Melayu Malaysia (PPVM); Malaysian Vape Industry Advocacy (MVIA); Gadget Union Distribution; The Vape69 Sdn Bhd; VV Venture Sdn Bhd dan Pertubuhan Kebajikan Terkini Negeri Sembilan.

Malah, kata mereka, industri turut memberikan contoh langkah yang diambil di negara Britain baru-baru ini di mana kementerian kesihatan negara berkenaan telah mengumumkan seramai 1 juta perokok di Britain akan diberikan kit permulaan produk vape untuk menggalakkan mereka menukar rokok kepada vape.

Pada masa yang sama, industri turut membangkitkan isu sekatan larangan import yang masih dikenakan KKM pada masa ini walaupun pengecualian vape bernikotin daripada Akta Racun dan pengenaan cukai ke atas produk vape telah dimulakan sejak 1 April 2023.

Tambahnya, baru-baru ini, industri telah dimaklumkan pihak berkuasa di Jabatan Kastam DiRaja Malaysia bahawa pengimportan produk vape bernikotin masih terlarang dan tidak dibenarkan oleh KKM dan walaupun ia telah dibangkitkan kepada pihak berkenaan di KKM, perkara ini masih tidak diselesaikan.

“Langkah ini adalah tidak wajar dan ia adalah bertentangan dengan pengumuman kerajaan untuk memulakan kawal selia percukaian ke atas produk vape yang telah mula sejak dua minggu lalu.

“Industri memohon agar KKM mengambil langkah secepat mungkin untuk menarik balik sekatan itu selaras dengan permulaan kawal selia percukaian ke atas produk vape,” katanya.

  • Coelho

    Related Posts

    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    KUALA LUMPUR: Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) mencatatkan penurunan 79.5% untung selepas cukai (PAT) sebanyak RM2.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, berbanding RM12.47 peratus pada 2023. Perolehan juga menurun 5.9…

    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

    KUALA LUMPUR: Farm Fresh Bhd mencatatkan peningkatan untung bersih sebanyak 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat berakhir 31 Mac 2025 (4QFY25) berbanding RM23.9 juta pada suku sama tahun sebelumnya didorong…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

    • June 14, 2025
    Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

    Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

    • June 14, 2025
    Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

    Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

    • June 13, 2025
    Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

    KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN

    • June 13, 2025
    KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN