Kegiatan memburu saham murah dorong dagangan Bursa Malaysia kembali meningkat

  • News
  • April 27, 2023

KUALA LUMPUR: Kegiatan memburu saham murah membabitkan saham wajaran tinggi perkhidmatan kewangan mendorong Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada sesi dagangan Khamis walaupun Wall Street mempamerkan prestasi lemah semalaman, kata seorang penganalisis.

Pada 9.08 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.17 mata kepada 1,415.42 daripada 1,414.25 penutup Rabu.

Indeks barometer dibuka 2.19 mata lebih baik pada paras 1,416.44.

Pergerakan harga di pasaran bagaimanapun menyaksikan kaunter rugi mendahului kaunter untung 150 berbanding 129, manakala 203 kaunter tidak berubah, 1,812 tidak diniagakan dan 65 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 181.42 juta unit bernilai RM66.72 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, Wall Street ditutup lemah kerana pelabur bimbang akan situasi First Republic Bank selain kesihatan keseluruhan sektor perbankan membayangi pendapatan kukuh daripada syarikat teknologi besar.

“Oleh itu, walaupun Nasdaq ditutup 55 mata lebih tinggi, Purata Perindustrian Dow Jones (DJI) susut 229 mata dengan hasil 10 tahun AS meningkat lebih tinggi pada 3.445 peratus.

“Di pasaran tempatan pula, keseluruhan dagangan kekal hambar, disebabkan ketiadaan pemangkin baharu daripada jualan jelas bagi saham berkaitan kewangan dan tenaga,” katanya kepada Bernama.

Justeru, beliau berkata Rakuten Trade berpendapat sentimen akan kekal berhati-hati walaupun terdapat beberapa aktiviti memburu saham murah akan muncul tidak lama lagi dan indeks dijangka berada dalam julat antara 1,410 dan 1,420 hari ini.

“Sementara itu, kebimbangan terhadap sektor perbankan AS terus menjejaskan harga minyak mentah dengan minyak mentah Brent susut ke bawah US$78 setong,” tambahnya.

Dalam pada itu, saham wajaran tinggi Bursa Malaysia – Maybank naik tiga sen kepada RM8.64 dan CIMB meningkat satu sen kepada RM5.06, manakala Public Bank dan CelcomDigi tidak berubah masing-masing pada RM3.89 dan RM4.40 dan Petronas Chemicals turun tiga sen menjadi RM7.12.

Bagi saham aktif, Classita dan Kronologi Asia masing-masing menambah 2.5 sen kepada 18.5 sen dan 61 sen, Vinvest naik setengah sen menjadi 20.5 sen dan Yong Tai meningkat 1.5 sen kepada 34 sen, manakala Star Media kerugian 1.5 sen kepada 60 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas memperoleh 2.17 mata kepada 10,394.25, Indeks FBMT 100 naik 2.91 mata menjadi 10,080.59, tetapi Indeks FBM Emas Syariah kehilangan 2.21 mata kepada 10,748.56.

Indeks FBM ACE pula meraih 17.20 mata pada 5,367.86, manakala indeks FBM 70 turun 18.47 mata kepada 13,540.25.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.07 mata kepada 171.55, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 32.71 mata kepada 15,524.75 dan Indeks Perladangan menokok 5.90 mata kepada 6,890.36.

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • April 18, 2025
    • 151 views
    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

    • News
    • April 17, 2025
    • 117 views
    Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

    KUALA LUMPUR: Bangunan Menara Kuala Lumpur akan ditutup buat sementara waktu bermula Khamis bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan. Kementerian Komunikasi dalam kenyataan memaklumkan tarikh pembukaan semula menara…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    • April 18, 2025
    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

    • April 18, 2025
    Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

    Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

    • April 18, 2025
    Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

    Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

    • April 17, 2025
    Menara KL ditutup sementara bermula Khamis