Wan Nurzila tamatkan perkhidmatannya sebagai Pengarah Media Komunikasi Strategik di Pejabat Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA: Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Strategik Perdana Menteri, Datuk Wan Nurzila Abd Rahman, telah menamatkan perkhidmatannya.

Perkara disahkan oleh Setiausaha akhbar kanan perdana menteri, Tunku Nashrul Abaidah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Sambil berterima kasih kepada Wan Nurzila atas jasanya, beliau berkata Jabatan Media dan Komunikasi Strategik PMO terus menjunjung agenda Malaysia Madani sambil menyebarkan maklumat berdasarkan dasar yang digariskan oleh kerajaan perpaduan.

“Pejabat Perdana Menteri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Wan Nurzila Wan Abd Rahman sepanjang memegang jawatan sebagai Pengarah Media dan Komunikasi Strategik.

“Jabatan Media dan Komunikasi Strategik akan terus komited dalam memastikan agenda Malaysia Madani dan penyebaran maklumat kepada segala usaha dan inisiatif Kerajaan Perpaduan terus diperkasakan,” katanya.

Semalam, beberapa portal berita dalam talian telah memetik sumber yang mengatakan Wan Nurzila diberi notis 24 jam untuk mengosongkan jawatannya.

Satu sumber membertiahu portal berita bahawa, Wan Nurzila ‘diberhentikan’ berikutan krisis antara beberapa fraksi komunikasi dalam kalangan jentera Perdana Menteri dan kegagalan kempen Malaysia Madani.

Difahamkan, jawatan itu juga akan ditamatkan, dengan semua komunikasi PMO dikendalikan oleh pasukan setiausaha akhbar.

Wan Nurzila adalah bekas wartawan di agensi berita nasional Bernama dan pernah berkhidmat sebagai setiausaha akhbar kepada dua anggota kabinet.

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • July 18, 2025
    Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

    KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

    • News
    • July 11, 2025
    Australia Perkukuh Peranan Serantau, Salur AU$10 Juta untuk Krisis Kemanusiaan dan Kesiapsiagaan Bencana

    KUALA LUMPUR, 11 Julai – Australia terus memperkukuh kedudukannya sebagai rakan pembangunan utama rantau ini apabila mengumumkan tambahan bantuan kemanusiaan bernilai AU$10 juta (RM31 juta) bagi menyokong kesiapsiagaan bencana dan…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

    • July 18, 2025
    Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

    Kerajaan Sabah Meterai Perjanjian Milik 25% Ekuiti dalam Projek LNG US$3.1 bilion Petronas di Sipitang

    • July 18, 2025
    Kerajaan Sabah Meterai Perjanjian Milik 25% Ekuiti dalam Projek LNG US$3.1 bilion Petronas di Sipitang

    Wan Ahmad Farid dilantik ketua hakim negara

    • July 18, 2025
    Wan Ahmad Farid dilantik ketua hakim negara

    MIMOS lantik Dr Saat Shukri sebagai Presiden & CEO baharu, perkukuh agenda pengkomersialan teknologi

    • July 18, 2025
    MIMOS lantik Dr Saat Shukri sebagai Presiden & CEO baharu, perkukuh agenda pengkomersialan teknologi