BI, BNM lancar pembayaran kod QR rentas sempadan Indonesia, Malaysia

KUALA LUMPUR: Bank Indonesia (BI) dan Bank Negara Malaysia (BNM) melancarkan jalinan pembayaran kod QR rentas sempadan antara Indonesia dengan Malaysia.

Pelancaran itu susulan daripada kejayaan fasa rintis jalinan yang diumumkan pada 27 Januari 2022.

Pelancaran ini membolehkan lebih banyak rakyat Indonesia dan Malaysia membuat pembayaran runcit secara segera di kedua-dua negara dengan mengimbas kod QR Code Standar Pembayaran Nasional (QRIS) atau DuitNow QR di kedai-kedai mahu pun secara dalam talian menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan peserta.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata jalinan antara negara ASEAN kini semakin kukuh.

Beliau berkata, lebih banyak pengguna dari Malaysia dan Indonesia akan mendapat manfaat daripada pengalaman yang selamat, lebih lancar dan lebih cekap untuk membuat serta menerima pembayaran rentas sempadan.

“Seterusnya, hal ini mewujudkan potensi besar untuk merangsang kegiatan ekonomi antara kedua-dua negara, termasuk perbelanjaan pelancongan.

“Jalinan ini juga akan membantu memperluas pasaran sesetengah perniagaan dan memudahkan penyelesaian dalam mata wang tempatan yang lebih banyak, lantas meningkatkan hasil kewangan.

“Jalinan pembayaran QR antara Malaysia dengan Indonesia menjadi pelengkap kepada jalinan pembayaran dua hala antara negara ASEAN yang akan menyumbang ke arah ASEAN yang lebih teguh dan membangunkan lagi rantau ini sebagai pusat pertumbuhan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Gabenor Bank Indonesia, Perry Warjiyo, berkata jalinan pembayaran QR rentas sempadan antara Indonesia dengan Malaysia adalah satu bukti nyata kerjasama Kesalinghubungan Pembayaran Serantau yang kukuh untuk menggalakkan pembayaran rentas sempadan yang lebih pantas, murah, telus serta inklusif, khususnya memberikan manfaat kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

Beliau berkata, jalinan ini selaras dengan inisiatif ‘Roadmap for Enhancing Cross Border Payments oleh G20’, dan pencapaian penting bagi Indonesia selaku pengerusi ASEAN pada tahun 2023 serta mewakili satu lagi peristiwa penting bagi Blueprint Sistem Pembayaran Indonesia 2025.

“Jalinan pembayaran ini menyediakan lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk membuat transaksi pembayaran rentas sempadan dan bertindak sebagai faktor penting untuk meningkatkan kecekapan serta menggalakkan ekonomi digital dan rangkuman kewangan di rantau ini.

“Jalinan ini juga akan mengekalkan kestabilan makroekonomi dengan menggalakkan penggunaan mata wang tempatan yang lebih meluas untuk transaksi dua hala di bawah Rangka Kerja Transaksi Mata Wang Tempatan,” katanya.

Pelancaran jalinan ini menyaksikan penyertaan institusi kewangan peserta yang lebih banyak termasuk institusi kewangan bukan bank.

BI dan BNM mengalu-alukan penyertaan daripada lebih banyak institusi kewangan untuk memperkembang ekosistem pembayaran rentas sempadan.

  • Coelho

    Related Posts

    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

    Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

    KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    AmanahRaya REIT Catat Prestasi Kukuh Suku Pertama Tahun Kewangan 2025

    • May 23, 2025
    AmanahRaya REIT Catat Prestasi Kukuh Suku Pertama Tahun Kewangan 2025

    YTL Corporation Catat Pendapatan Suku Ketiga RM23.15 Bilion, Rancang Perluas Taman Pusat Data Hijau di Johor

    • May 23, 2025
    YTL Corporation Catat Pendapatan Suku Ketiga RM23.15 Bilion, Rancang Perluas Taman Pusat Data Hijau di Johor

    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    • April 18, 2025
    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

    • April 18, 2025
    Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai