Kerajaan akan perluas pemberian subsidi diesel – Anwar

PUTRAJAYA: Pemberian subsidi diesel oleh kerajaan kepada sector pengakutan darat (barangan) menerusi mekanisme ‘fleet card’ Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) akan diperluaskan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri, berkata, langkah itu diambil bagi memastikan pengurusan pengedaran barangan menggunakan diesel bersubsidi demi menangani ketirisan dan penyeludupan diesel.

“Tumpuan kerajaan yang seterusnya ialah untuk menambah baik sistem subsidi diesel yang menyaksikan tanggungan subsidi negara melonjak kepada RM13 bilion bagi tahun 2022.

“Peningkatan mendadak penggunaan diesel berbanding jumlah kenderaan diesel membayangkan ketirisan melalui penyeludupan yang perlu ditangani segera,” katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

Turut hadir, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Anwar berkata, kerajaan mendapati penggunaan diesel melonjak 37.7 peratus iaitu 6.1 bilion liter pada 2019 kepada 8.4 bilion liter pada 2022.

Ujarnya, peningkatan berkenaan dilihat tidak seimbang apabila jumlah kenderaan berdaftar yang menggunakan diesel hanya meningkat 2.4 peratus (dari 2.08 juta dalam tahun 2019 ke 2.13 juta dalam tahun 2022).

Sementara itu beliau berkata, mesyuarat MTEN hari ini bersetuju untuk mewujudkan Pangkalan Data Utama (PADU) bagi memudahkan maklumat tentang sosio ekonomi rakyat dalam usaha memudahkan penggubalan dasar negara.

Tambahnya, PADU akan menjadi pangkalan utama agensi-agensi kerajaan lain.

“Tetapi kita tahu ada kekurangannya yang lengkap kerana tidak ada penyelerasan di antara agensi berkait. Jadi PADU menggabungkan sebanyak mungkin maklumat sosioekonomi bagi setiap isi rumah untuk membantu kerajaan dalam menggubal dasar dan mensasar bantuan,” katanya.

  • Coelho

    Related Posts

    FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

    KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

    • News
    • April 18, 2025
    • 334 views
    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    • May 29, 2025
    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

    • May 29, 2025
    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

    Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

    • May 28, 2025
    Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

    Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo

    • May 28, 2025
    Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo