Datuk Roy didakwa tiga tuduhan rasuah kes Jana Wibawa bernilai RM2.64 juta

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Mohd Hussein Mohd Nasir atau lebih dikenali Datuk Roy mengaku tidak di Mahkamah Sesyen hari ini, atas tiga tuduhan terbabit rasuah RM2.64 juta berhubung program Jana Wibawa.

Turut didakwa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Rasyidi Mohd Said, kerana bersama Datuk Roy meminta rasuah RM400,000 dan menerima rasuah RM240,000.

Pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Suzana Hussin.

Terdahulu, Datuk Roy yang tiba di Kompleks Mahkamah pagi tadi, kelihatan tenang ketika dirakam foto dan video oleh beberapa pengamal media yang berkumpul sejak jam 8 pagi.

Pada 20 Mac lalu, Datuk Roy yang direman bagi membantu siasatan berhubung program Jana Wibawa, dilepaskan dengan jaminan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majistret Mahkamah Putrajaya, Irza Zulaikha Rohanuddin, membenarkan lelaki itu dilepaskan dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan.

Datuk Roy ditahan ketika memberi keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 di pejabat SPRM di sini, pada jam 3 petang, 13 Mac lalu.

Majistret Mahkamah Kuala Lumpur, Noorelynna Hanim Abd Halim, kemudian membenarkan lelaki itu direman tiga hari dan melepaskan suspek dengan jaminan SPRM, pada 16 Mac lalu.

Pada hari sama, Datuk Roy ditahan semula sebelum Mahkamah Majistret Putrajaya menyambung reman empat hari lagi berakhir 20 Mac lalu.

Sebelum ini, Datuk Roy diburu SPRM kerana didakwa menjadi perancang utama dalam siasatan kes meminta dan menerima rasuah RM400,000 bagi mengelakkan siasatan membabitkan program Jana Wibawa.

Empat individu termasuk seorang pegawai SPRM ditahan, namun dibebaskan dengan jaminan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berkenaan atas tujuan sama.

Datuk Roy yang beralamat di Kuantan, Pahang, pernah dipenjara kerana terbabit kes rasuah.

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • April 18, 2025
    • 272 views
    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

    • News
    • April 17, 2025
    • 213 views
    Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

    KUALA LUMPUR: Bangunan Menara Kuala Lumpur akan ditutup buat sementara waktu bermula Khamis bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan. Kementerian Komunikasi dalam kenyataan memaklumkan tarikh pembukaan semula menara…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    • April 18, 2025
    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

    • April 18, 2025
    Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

    Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

    • April 18, 2025
    Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

    Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

    • April 17, 2025
    Menara KL ditutup sementara bermula Khamis