BNM cari jalan pulihkan semula ringgit yang kini melemah

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mencari penyelesaian yang sesuai untuk mengukuhkan kembali nilai ringgit yang kini melemah, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata, trend mata wang tempatan yang semakin melemah dijangka berterusan sekiranya permintaan kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk meningkatkan had siling hutang negara itu belum diluluskan.

“Kita serahkan kepada kebijaksanaan pihak Bank Negara dan saya yakin mereka mempunyai penyelesaian kerana lebih pakar dan arif dalam hal itu,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Dokumen Piawaian Pelaburan Mampan (SIS) di Kementerian Kewangan, dekat sini, hari ini.

Ahmad berkata demikian ketika ditanya mengenai kadar ringgit yang kekal rendah apabila keputusan perbincangan mengenai had siling hutang AS terus mencetuskan ketidaktentuan yang ketara.

Setakat 9 pagi hari ini, ringgit susut kepada 4.6280/6305 berbanding dolar AS daripada 4.6245/6285 pada akhir urus niaga semalam, paras terendah dalam tempoh enam bulan.

Bagaimanapun, di sebalik senario ringgit lemah, Ahmad berkata, ia sebenarnya boleh membantu menggalakkan sektor eksport dan pelancongan negara.

“Di sebalik itu, kebaikannya yang saya lihat sektor eksport kita bakal bertambah selain jumlah pelancong dari luar juga akan meningkat datang ke negara ini kerana mereka memiliki ringgit lebih banyak berbanding sebelum ini.

“Saya harap fenomena ini (ringgit melemah) bersifat sementara dan ringgit akan kembali lebih stabil ke kadar lebih munasabah,” katanya.

Namun begitu, katanya, jika situasi itu berlarutan ia akan menjadikan sektor import lebih mahal, meningkatkan kadar inflasi sedia ada serta membebankan rakyat terutamanya kepada pelajar yang belajar di luar negara.

Ketika ditanya sama ada situasi berkenaan akan memberi kesan terhadap Kadar Dasar Semalaman (OPR), Ahmad berkata ia terpulang kepada BNM untuk menentukan perkara itu.

  • Coelho

    Related Posts

    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

    Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

    KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    • June 5, 2025
    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    • June 4, 2025
    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    • May 29, 2025
    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

    • May 29, 2025
    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025