Pakar sedia bantu Malaysia realisasikan KL sebagai hab pemula, digital serantau

KUALA LUMPUR: Pakar sedia bantu Malaysia merealisasikan sasaran menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab syarikat pemula dan industri digital serantau.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata ketika penyertaannya di Forum Ekonomi Qatar minggu lalu, beliau berpeluang untuk berkongsi pandangan dengan Jack Selby, veteran dalam pembangunan hab syarikat pemula.

Beliau berkata, Selby adalah Pengarah Urusan Thiel Capital dan pencetus Arizona Technology Innovation Summit selain kakitangan terawal PayPal bersama-sama kumpulan pengasas-pengasas syarikat seperti Elon Musk, Peter Thiel dan Reid Hoffman.

Katanya, kumpulan pengasas PayPal ini menjadi tenaga utama yang menggerakkan industri digital dari Silicon Valley melalui pembabitan mereka di dalam syarikat-syarikat digital terkenal, antaranya seperti Tesla, SpaceX, Youtube, Facebook, LinkedIn dan OpenAI.

“Beliau melahirkan minat untuk membantu Malaysia merealisasikan sasaran yang telah saya gariskan untuk Kuala Lumpur sebagai hab ‘startup’ dan industri digital serantau.

“Kepakaran Selby adalah unik kerana usahanya membangunkan Arizona sebagai pusat syarikat pemula yang baharu di luar Silicon Valley yang kini semakin berjaya menarik syarikat-syarikat pemula untuk datang ke Arizona.

“Sudah tentu, pengalaman beliau di Arizona kita boleh gunakan untuk merangka dasar dan program bagi melonjakkan status Kuala Lumpur sebagai destinasi utama digital di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rafizi berkata, beliau akan terus memaklumkan dari masa ke masa perkembangan usaha ekonomi digital ini.

“Saya percaya sekiranya kita terus tidak bersikap ‘business as usual’, terus berfikir dan melaksana, hasil ekonomi yang lebih besar nilainya akan dapat dinikmati semua,” katanya.

Rafizi menambah, ketika diberikan amanah menjaga portfolio ekonomi, beliau menerima hakikat bahawa untuk melonjakkan nilai dan menstrukturkan semula ekonomi negara, setiap dasar, fokus atau pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Perpaduan tidak boleh bersifat ‘business as usual’.

Katanya, visi dan matlamat pembangunan ekonomi melihat ke masa depan perlu berani, berbeza dan mampu memberikan impak besar kepada negara dan rakyat tempatan.

“Sementara industri sedia ada perlu terus diberikan nilai tambah, saya juga sebelum ini telah menyentuh dan menyatakan rancangan untuk tiga sektor strategik seterusnya yang akan diberikan tumpuan iaitu peralihan tenaga kepada tenaga boleh baharu, keterjaminan makanan dan ekonomi digital.

“Fokus seterusnya adalah berkenaan ekonomi digital dan untuk bulan-bulan seterusnya, saya dan pasukan Kementerian Ekonomi kini sedang bekerjasama untuk merancakkan lagi aktiviti ekonomi digital negara,” katanya.

Menurutnya, untuk mencapai sasaran itu, kerajaan akan menumpukan kepada menyelaraskan sistem sokongan awam ke arah pendekatan bersepadu demi menambah baik ekosistem digital yang lebih berkesan.

“Memulakan pembangunan konsep dan penyelarasan fungsi ke arah pelaksanaan kerajaan digital yang menghasilkan produk-produk perkhidmatan awam berasaskan data dan digital secara bersepadu.

“Bagi menjayakan hasrat ini, Kuala Lumpur mesti dijadikan dan ditingkatkan daya tarikan sebagai pusat syarikat pemula dan industri digital serantau ini.

“Dengan Kuala Lumpur sebagai hab ‘startup’ dan digital serantau, kita sudah pasti mampu menarik lebih banyak pelaburan dan seterusnya menawarkan gaji yang lebih tinggi kepada rakyat kita,” katanya.

  • Coelho

    Related Posts

    HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

    Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

    Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

    KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

    • September 5, 2026
    Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

    AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

    • September 4, 2026
    AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

    Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

    • August 20, 2026
    Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

    Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

    • August 10, 2026
    Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

    HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

    • August 10, 2026
    HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

    DPS Resources, Hangyue Rancang Pusat Data 89MW di Melaka, Sasar Tarik Perusahaan China

    • August 7, 2026