Kerugian sebenar LCS didakwa cecah RM3.7 bilion

KUALA LUMPUR: Kerugian sebenar yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi projek kapal tempur pesisir (LCS) didakwa mencecah RM3.7 bilion sekiranya kos purata pembuatan sebuah kapal LCS adalah RM1.5 bilion.

Mengulas mengenai perkara itu, Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, kerugian itu berdasarkan pertambahan kos daripada RM9 bilion kepada RM11.2 bilion iaitu peningkatan 24.4 peratus dan pengurangan kapal daripada 6 kepada 5 buah.

“Saya memperkirakan kerugian sebenar kerajaan Malaysia melebihi RM3.7 bilion, sekiranya kos purata pembuatan sebuah kapal LCS pada permulaannya adalah sebanyak RM1.5 bilion.

“Jika kita membandingkan pernyataan tersebut dengan kos purata sebuah kapal LCS bagi Malaysia sebanyak RM 2.24 bilion, terdapat perbezaan yang ketara. Jika dibandingkan, LCS milik Mesir serta UEA memakan belanja sekitar €375 juta (sekitar RM 1.65 bilion) bagi setiap kapal.

“Jadi, berdasarkan perbandingan tersebut, kos purata terkini bagi pembinaan sebuah kapal LCS bagi Malaysia sebanyak RM2.24 bilion (RM11.2 bilion bagi 5 buah kapal) adalah lebih tinggi daripada kos yang disebutkan dalam pernyataan,” kata Ahli Parlimen Sik itu.

Tegas Tarmizi, kenaikan kos mencetuskan persoalan serius mengenai sumber dana tambahan yang akan digunakan terutama apabila tidak ada peruntukan dalam Belanjawan 2023 dan tanpa kelulusan dari Parlimen.

Syarikat Boustead Heavy Industrties Corporation Berhad (BHIC) baru-baru ini dilaporkan mengumumkan peningkatan nilai keseluruhan kontrak pembinaan lima buah kapal LCS di Bursa Malaysia .

Ahmad Tarmizi menegaskan, peningkatan kos dan kerugian besar yang dicatatkan menggambarkan keadaan yang sangat membingungkan dan mencetuskan tanda tanya mengenai tadbir urus kewangan negara.

“Adakah kerajaan mengambil kira implikasi kewangan jangka panjang dan kesan negatif yang timbul akibat peningkatan kos yang terlalu besar ini?

“Rakyat Malaysia berhak mengetahui dengan tepat bagaimana sumber kewangan negara digunakan dan mengapa keputusan yang membebankan ini diambil tanpa kebenaran Parlimen.

“Kegagalan dalam menguruskan projek ini dengan telus dan bertanggungjawab hanya akan membawa kepada kehilangan dana yang seharusnya digunakan untuk keperluan yang lebih penting dan berkesan bagi rakyat,” katanya.

Ahli Parlimen Sik itu mendakwa, keputusan untuk meneruskan projek pembinaan tersebut menggambarkan keengganan dan ketelusan pihak kerajaan dalam menguruskan sumber kewangan dengan penuh tanggungjawab.

Tambah beliau, projek berkenaan hanya akan memburukkan kewangan negara, menambah beban hutang  dan merugikan kepentingan jangka panjang, sekali gus menggambarkan kelemahan serius dalam pengurusan kewangan negara dan menimbulkan keraguan terhadap integriti kerajaan.

  • Coelho

    Related Posts

    Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua jabatan kerajaan untuk tidak menggunakan barangan import, terutamanya makanan, dalam acara rasmi bagi menggalakkan penggunaan produk tempatan. Beliau…

    FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

    KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    PETRONAS Meterai Perjanjian 20 Tahun Bekal LNG dengan Venture Global

    • July 4, 2025
    PETRONAS Meterai Perjanjian 20 Tahun Bekal LNG dengan Venture Global

    Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

    • June 25, 2025
    Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

    Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

    • June 25, 2025
    Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

    Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

    • June 20, 2025
    Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar