Sanusi minta kemukakan bukti berhubung tuduhan PN terima dana daripada syarikat judi

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, meminta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanggungjawab membuktikan dakwaan bahawa Perikatan Nasionl (PN) menrima dana daripada syarikat judi untuk kempen pilihan raya lalu.

Ujar beliau, dari sudut undang-undang Awar sebagai pihak yang menuduh perlu membuktikan dakwaan yang dibuat.

“Kes dana dari syarikat judi: Bukan saya mencabar, saya kata dari sudut perundangan, beban bukti terletak kepada pihak yang menuduh.

“Jadi sila kemukakan bukti jika sesuatu tuduhan dibuat,” katanya ringkas di laman Facebook miliknya.

Media semalam melaporkan Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah mencabar Anwar untuk mengemukakan bukti bawan PN menerima dana judi.

Tambah beliau, dakwaan kononnya PN menerima dana judi bagi membiayai kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu, hanya bertujuan untuk menimbulkan persepsi buruk terhadap gabungan itu.

Muhammad Sanusi, berkata dakwaan Anwar berhubung isu itu juga bermotifkan politik semata-mata.

“Ia (isu dana judi) dari awal hanya isu politik sahaja untuk timbulkan persepsi. Persepsi ini ada yang betul, ada yang tak betul.

“Pas ini, duit ahli kita dok (ada) dalam poket, mai (datang) derma… mai derma. Kita haramkan judi di negeri ini, takkan tauke judi nak bagi derma kat kita. Nak buat aktiviti (judi) tak boleh, pergi tanya di negeri yang menghalalkan itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Sanusi meminta Anwar supaya mengemukakan bukti berhubung dakwaannya itu dengan segera.

“Perdana Menteri pun tak boleh siasat sendiri, hanya agensi (SPRM) boleh buka fail. Fail dari agensi bukan dari dia.

“Asas kepada semua dakwaan itu, Sila kemukakan bukti. Sebab dia yang tuduh, jadi dia kena buktikan, beban bukti terletak pada yang tuduh. Sila buktikan,” katanya.

Perdana Menteri sebelum itu dilaporkan berkata, beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan jika tiada asas.

Beliau meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin membaca dengan lengkap kenyataannya berhubung dana judi yang didakwa melibatkan Perikatan Nasional (PN) semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebelum mengambil tindakan undang-undang.

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • July 18, 2025
    Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

    KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

    • News
    • July 11, 2025
    Australia Perkukuh Peranan Serantau, Salur AU$10 Juta untuk Krisis Kemanusiaan dan Kesiapsiagaan Bencana

    KUALA LUMPUR, 11 Julai – Australia terus memperkukuh kedudukannya sebagai rakan pembangunan utama rantau ini apabila mengumumkan tambahan bantuan kemanusiaan bernilai AU$10 juta (RM31 juta) bagi menyokong kesiapsiagaan bencana dan…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

    • July 18, 2025
    Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

    Kerajaan Sabah Meterai Perjanjian Milik 25% Ekuiti dalam Projek LNG US$3.1 bilion Petronas di Sipitang

    • July 18, 2025
    Kerajaan Sabah Meterai Perjanjian Milik 25% Ekuiti dalam Projek LNG US$3.1 bilion Petronas di Sipitang

    Wan Ahmad Farid dilantik ketua hakim negara

    • July 18, 2025
    Wan Ahmad Farid dilantik ketua hakim negara

    MIMOS lantik Dr Saat Shukri sebagai Presiden & CEO baharu, perkukuh agenda pengkomersialan teknologi

    • July 18, 2025
    MIMOS lantik Dr Saat Shukri sebagai Presiden & CEO baharu, perkukuh agenda pengkomersialan teknologi