Wanita maut ditikam kekasih

KOTA KINABALU: Seorang wanita berusia 22 tahun maut selepas ditikam bekas tunangnya dalam kejadian di sebuah premis di pusat beli belah di Jalan Haji Saman, di sini, semalam, Isnin (29 Mei).

Mangsa yang juga seorang pembantu kedai dilaporkan maut dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 12.00 tengah hari.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, mangsa ditemui terlentang atas lantai dengan beberapa kesan tikaman pada badan.

Tambah beliau, ketika ditemukan mangsa masih bernafas.

“Pegawai perubatan segera memberi bantuan pernafasan namun mangsa kemudian disahkan meninggal dunia dan pemeriksaan awal mendapati beberapa kesan tikaman pada tubuhnya.

“Mangsa telah dibawa oleh pasukan perubatan ke Hospital Queen Elizabeth,” katanya.

Polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.

Turut berada di lokasi ialah seorang suspek yang merupakan bekas tunang mangsa yang telah ditahan oleh pihak pengawal keselamatan sebelum diserahkan kepada polis.

“Hasil siasatan mendapati punca kejadian disebabkan cemburu dan suspek tidak puas hati kerana mangsa memutuskan hubungan mereka dua hari sebelum kejadian.

“Oleh itu, suspek cuba memujuk mangsa di tempat kerjanya, namun mangsa enggan meneruskan hubungan mereka atas sebab peribadi,” kata Superintendan Kalsom dalam satu kenyataan pada tengah malam Selasa (30 Mei). 

Kes itu dianggap sudah selesai selepas suspek berjaya ditangkap. 

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • March 13, 2025
    • 120 views
    Caruman i-Saraan cecah RM2.6 bilion tahun 2024

    KUALA LUMPUR: Caruman program i-Saraan iaitu caruman sukarela di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM2.6 bilion pada 2024. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata peruntukan…

    • News
    • March 13, 2025
    • 134 views
    Dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy adalah pinjaman – PM

    KUALA LUMPUR: Suntikan pelaburan sebanyak RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Berhad (SEB) dilaksanakan dalam bentuk pinjaman bukan berbentuk dana hangus. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihak pengurusan syarikat…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

    • March 27, 2025
    Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

    IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

    • March 25, 2025
    IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

    Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

    • March 19, 2025
    Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

    Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan

    • March 19, 2025
    Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan