Presiden, CEO PETRONAS optimis kontrak akan disambung

KUALA LUMPUR: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik, optimis bahawa kontraknya akan disambung untuk terus menerajui syarikat minyak dan gas nasional itu.

Tengku Muhammad Taufik berkata beliau tidak menerima sebarang bantahan atau rasa tidak puas hati daripada pemegang saham berhubung pembaharuan kontraknya.

“Kontrak saya…Saya tidak mempunyai sebab untuk percaya (kontrak) tidak akan disambung. Pemegang saham tidak pernah menyuarakan sebarang ketidakpuasan.

“Saya tidak mempunyai apa-apa sebab ketika ini untuk mempercayai bahawa tidak akan disambung,” katanya ketika diminta mengulas mengenai status kontraknya yang dipercayai tamat bulan ini.

Bagaimanapun, beliau berkata keputusan untuk memperbaharui atau tidak memperbaharui kotraknya itu bergantung kepada budi bicara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tengku Muhammad Taufik menerajui pengurusan tertinggi PETRONAS pada 1 Julai 2020 bagi menggantikan Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

  • Coelho

    Related Posts

    Public Bank jalin kerjasama dengan Jati Tinggi pasang panel solar RM14.88 juta

    KUALA LUMPUR: Public Bank dan Jati Tinggi Group Berhad (Jati Tinggi) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memasang sistem panel solar fotovoltaik (PV) bernilai RM14.88 juta. Menerusi memorandum itu, Jati Tinggi,…

    Sapura Energy peroleh kontrak Pan Malaysia daripada Petronas Carigali

    KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Sapura Energy Bhd, Sapura Fabrication Sdn Bhd memperoleh kontrak penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan luar pesisir Pan Malaysia, daripada Petronas Carigali Sdn Bhd. Dalam kenyataannya semalam,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    • April 18, 2025
    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

    • April 18, 2025
    Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

    Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

    • April 18, 2025
    Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

    Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

    • April 17, 2025
    Menara KL ditutup sementara bermula Khamis