Sektor sarung tangan getah dijangka berdepan cabaran kesan peningkatan kos dan persaingan dari pengeluar China – Kenanga Research

KUALA LUMPUR: Sektor sarung tangan getah dijangka terus berdepan cabaran akibat purata harga jualan (ASP) yang lemah selain peningkatan kos dan penggunaan loji yang rendah kesan daripada persaingan sengit daripada pengeluar China.

Kenanga Research berkata, kebanyakan pengeluar tempatan mengambil keputusan menutup kemudahan pengeluaran lama yang boleh mengurangkan tekanan bekalan dalam sektor itu.

Firma itu berkata, ketika ini pasaran sedang menyaksikan tanda pertama industri sarung tangan beralih ke fasa rasionalisasi dan penyatuan di tengah-tengah lebihan kapasiti industri yang besar.

Katanya, terdapat peningkatan dalam keseimbangan permintaan-bekalan apabila pengeluar mengambil peluang untuk menutup kilang lama yang tidak lagi cekap dan mempercepatkan penyatuan industri

“Penggabungan industri dijangka mengembalikan persaingan yang lebih rasional dan diharapkan menghentikan kesukaran yang dihadapi pengeluar,” katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

Firma itu menjangkakan persekitaran operasi kekal mencabar pada suku berikutnya yang dibelenggu oleh lebihan bekalan yang besar.

Bagaimanapun, firma itu menjangkakan situasi lebihan bekalan akan bertambah baik berikutan tanda-tanda pengeluar mengurangkan kapasiti pengeluaran melalui penutupan loji terpilih.

“Walaupun terdapat peningkatan, lebihan kapasiti masih berterusan yang bermakna harga rendah dan penggunaan loji yang tertekan akan terus melanda industri pada 2023,” katanya.

Firma itu menjangkakan ASP pada tahun ini adalah 1,000 keping sarung tangan getah berada pada paras AS$20 atau penurunan sebanyak 10% berbanding 2022 dan purata penggunaan loji sebanyak 50% berbanding 60% pada tahun lalu.

Firma itu mengekalkan penarafan ‘underweight’ terhadap sektor itu.

  • Coelho

    Related Posts

    Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

    KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

    • January 23, 2026
    KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

    Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

    • January 20, 2026
    Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

    China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

    • January 18, 2026
    China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

    PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

    • January 18, 2026
    PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

    Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

    • January 16, 2026
    Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

    Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

    • January 16, 2026
    Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan