Khazanah anggar kerugian RM14 juta setahun jika kekalkan Iskandar Malaysia Studios

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd akan mengalami anggaran kerugian sehingga RM14 juta setahun jika ia kekal sebagai pemegang saham syarikat pengendali operasi studio, Iskandar Malaysia Studios Sdn Bhd (IMS), kata Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong.

Beliau berkata, Khazanah tidak pernah menjual aset kompleks produksi filem dan televisyen itu sebaliknya hanya menjual saham dalam syarikat pengendali operasi studio terbabit.

Katanya, studio berkeluasan 19.8 hektar (49 ekar) di Iskandar Puteri, Johor itu masih dimiliki Khazanah melalui anak syarikat bertujuan khas (SPV), Tanjung Bidara Ventures Sdn Bhd.

“Khazanah mengambil keputusan untuk menjual saham dalam IMS untuk mencari rakan kongsi baharu yang dapat mengendalikan operasi studio berkenaan dengan lebih baik.

“IMS menghadapi cabaran dari segi kemampanan kewangan dan ia diburukkan lagi dengan kesan kepada industri perfileman akibat pandemik COVID-19.

“Sekiranya Khazanah kekal sebagai pemegang saham IMS, Khazanah harus terus menyalurkan sokongan kewangan kepada IMS dengan anggaran kerugian sehingga RM14 juta setiap tahun,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) yang meminta penjelasan mengenai rasional penjualan studio berkenaan.

Susulan penjualan pemilikan dalam syarikat pengendali studio itu, Chee Keong berkata, Khazanah telah memilih Studio Management Services Sdn Bhd (Studio Management Services) sebagai rakan kongsi baharu selepas melalui proses ‘Request for Proposal’ (RFP).

Studio Management Services adalah sebuah konsortium yang dipimpin oleh pasukan pengurusan tempatan IMS dan rakan kongsi serantau, GHY Culture & Media Holding Co. Limited dan anak syarikatnya, GHY Culture & Media (Malaysia) Sdn Bhd (GHY) yang merupakan sebuah syarikat kumpulan media yang terkemuka dalam industri hiburan Asia dan tersenarai di Bursa Saham Singapura.

“Pada masa ini, perjanjian jual beli saham telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak dan menunggu syarat duluan dimuktamadkan,” katanya.

Chee Keong berkata, berikutan urus niaga itu, Khazanah akan menerima hasil penjualan saham syarikat pengendali operasi studio tersebut sebanyak RM32 juta serta anggaran bayaran sewa sehingga tahun 2036 berjumlah RM26 juta.

Studio Management Services dijangka berpotensi menjana pendapatan berjumlah RM800 juta dalam tempoh lima tahun melalui kemasukan produksi baharu ke studio berkenaan, lapor Bernama.

“Hasilnya, lebih banyak peluang pekerjaan dapat disediakan dalam ekosistem studio berkenaan serta membawa impak positif kepada ekonomi setempat,” katanya.

  • Coelho

    Related Posts

    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

    Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

    KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    • June 5, 2025
    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    • June 4, 2025
    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    • May 29, 2025
    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

    • May 29, 2025
    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025