Ringgit naik sedikit kepada RM4.67 sedolar AS

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi dagangan awal pagi ini walaupun permintaan terhadap dolar AS semakin kukuh sebagai mata wang selamat berikutan kekecohan di Russia pada hujung minggu, kata peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.6725/6790 berbanding dolar AS daripada 4.6760/6805 pada penutupan Jumaat lalu.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata kekecohan Russia pada hujung minggu memberi kesan kepada sentimen risiko kerana pelabur global masih bimbang dengan pengetatan monetari bank pusat.

Beliau berkata, sepanjang bulan lalu, ringgit mempamerkan prestasi yang lebih rendah berbanding rakan serantau ASEAN bersama-sama yuan China sambil menambah perkaitan ini mencerminkan hubungan perdagangan yang mendalam dan tumpuan penggubal dasar selalunya pada kadar silang ringgit-yuan China.

“Melihat pada renminbi pagi ini yang dibuka agak lengang ekoran jangkaan kelemahan sederhana dalam mata wang China dan tiada pemangkin yang jelas untuk meningkatkan aliran portfolio meskipun ringgit meningkat sedikit, kami menjangkakan belian ke atas dolar AS akan menurun,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Mata wang tempatan lemah berbanding pound Britain pada 5.9495/9578 daripada 5.9469/9527 pada penutupan Jumaat, rendah berbanding euro pada 5.0954/1024 daripada 5.0781/0830 tetapi meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2577/2627 daripada 3.2645/2680 sebelumnya.

Berbanding mata wang ASEAN yang lain, ringgit turut diniagakan bercampur-campur.

Ringgit menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.4578/4628 berbanding 3.4568/4604 pada penutupan Jumaat dan merosot berbanding baht Thai kepada 13.2877/3115 daripada 13.2765/2950.

Bagaimanapun, nilai mata wang tempatan menambah berbanding peso Filipina kepada 8.37/8.40 daripada 8.38/8.40 pada penutupan Jumaat dan lebih tinggi berbanding rupiah Indonesia pada 311.4/312.1 daripada 311.7/312.2 sebelumnya.

  • Coelho

    Related Posts

    Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ahli perniagaan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap perintah injunksi yang membekukan…

    LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

    KUALA LUMPUR – LYC Healthcare Berhad berdepan risiko digantung dagangan di Bursa Malaysia mulai 10 Ogos 2026 sekiranya gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 sebelum…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

    • September 30, 2026
    Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

    Sapura Resources kembali untung RM1.82 juta, sewa Permata Sapura sokong hasil suku kedua

    • September 27, 2026
    Sapura Resources kembali untung RM1.82 juta, sewa Permata Sapura sokong hasil suku kedua

    Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Grab beli saham lebih AS$30 juta selepas harga jatuh ke paras terendah tiga tahun

    • September 26, 2026
    Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Grab beli saham lebih AS$30 juta selepas harga jatuh ke paras terendah tiga tahun

    Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

    • September 19, 2026
    Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

    AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

    • September 19, 2026
    AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat