Anwar Akui Kadar Upah Dan Elaun Penjawat Awam Masih Rendah, Satu Mesyuarat Kaji Semula Akan Diadakan

  • News
  • July 14, 2023

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa kadar upah dan elaun penjawat awam ketika ini masih terlalu rendah.

Justeru itu, Anwar berkata beliau akan mempengerusikan mesyuarat pertama dalam tempoh terdekat bagi mengkaji keseluruhan skim perkhidmatan dan saraan penjawat awam.

“Saya akui dan selepas lebih 10 tahun, belum ada pun jawatankuasa yang harus dipengerusikan Perdana Menteri untuk mengkaji semula skim saraan penjawat awam.

“Jadi, insya-Allah dalam satu atau dua minggu ini, saya akan mempengerusikan mesyuarat pertama bersama Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam untuk meneliti keseluruhan skim perkhidmatan dan saraan penjawat awam,” katanya ketika berucap pada Program Cakna MADANI Perdana Menteri Bersama Agensi Penguatkuasaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Khamis.

Turut hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Anwar memberi jaminan akan memberikan apa sahaja yang munasabah dan adil kepada penjawat awam.

Beliau turut mencadangkan agar sebarang peningkatan terhadap skim terbabit dibuat secara berperingkat dengan melihat kepada kupayaan kewangan negara.

“Melihat keupayaan kewangan kita, bagaimana kita boleh perbaiki dan tingkatkan. Jadi saya cadang peningkatan itu dibuat berperingkat kerana kekangan kewangan sekarang, mungkin kita naikkan berperingkat, melihat kepada keupayaan ekonomi.

“Jadi saya nak saudara yakin di bawah (pimpinan) Anwar di sini, saya beri jaminan apa sahaja yang munasabah dan adil kepada penjawat awam,” katanya.

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

  • July 13, 2026
Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

  • July 12, 2026
Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

  • July 12, 2026
BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

  • July 10, 2026
CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

  • July 10, 2026
Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras

  • July 9, 2026
AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras