PM mengalukan-alukan kesediaan Elon Musk ke Malaysia

  • News
  • July 14, 2023

PUTRAJAYA: Perdana Meneri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan persidangan secara maya bersama Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX, Elon Musk hari ini.

Menerusi persidangan secara maya itu, Anwar mengalu-alukan minat dan keputusan pelaburan syarikat itu di Malaysia dan kesediaan Elon untuk datang ke Malaysia.

Anwar turut mengucapkan tahniah atas pembukaan atas pembukaan Ibu Pejabat, Pusat Servis dan Pusat Pengalaman jenama kenderaan elektrik Tesla milik usahawan itu di Selangor pada tahun ini.

Selain itu, Anwar menyatakan bahawa Malaysia akan terus memperkasakan komitmen dalam soal pelepasan karbon sifar bersih atau ‘net-zero emissions’ seawal pada tahun 2050.

“Malaysia mempunyai pelan dan ekosistem komprehensif, serta sumber yang berdaya saing dalam menyokonh industri tenga bersih termasuk mobiliti eletrik,” katanya.

Pada masa sama, persidangan secara maya selama 25 minit itu turut membincangkan mengenai penyertaan syarikat SpaceX dalam perkhidmatan satelit Starlink di Malaysia.

Jelas beliau, perkhidmatan dapat menyumbang kepada capaian internet yang lebih laju dan meluas terutamanya di kawasan pendalaman, yan hanya memerlukan infrastruktur fizikal dan tanah yang minima bagi meningkatkan rangkaian internet global.

“Inisiatif ini akan meningkatkan keupayaan dan kesejahteraan rakyat, terutamanya dari aspek pendidikan dan potensi teknologi pertanian serta penjanaan pendapatan,”jelasnya.

Persidangan maya itu turut disertai oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Coelho

Related Posts

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

  • News
  • April 18, 2025
  • 396 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025