Rasuah Lombong Nadir Bumi: SPRM tahan CEO Perbadanan Menteri Besar, pengarah syarikat

  • News
  • July 19, 2023

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman dua individu bagi membantu siasatan berhubung rasuah dan salah guna kuasa dalam sektor perlombongan melibatkan rasuah melebihi RM13 juta.

Dua individu itu, merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan seorang wanita berjawatan pengarah syarikat.

Perintah reman dikeluarkan secara berasingan oleh Majistret Wan Shahida Abd Rahim di Mahkamah Majistret Alor Setar dan Majistret Norsyakirah Che Hashim di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Sumber memberitahu, kedua-dua individu itu telah dibenarkan direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 21 Julai ini.

Kata sumber, suspek yang masing- masing berusia 63 dan 40 tahun itu sebelum ini telah ditahan di Kuala Lumpur dan Alor Setar lewat petang semalam.

Tambah sumber, aktiviti perlombongan yang dijalankan secara haram oleh sebuah syarikat terlibat mendapat perlindungan daripada pihak berkuasa tertentu sejak tahun 2020 lagi.

Hasil siasatan yang dijalankan mengesan beberapa pembayaran disyaki melibatkan rasuah berjumlah lebih RM13 juta yang diberikan syarikat terlibat sebagai sogokan bagi melindungi kegiatan perlombongan haram ini dalam tempoh 2020 hingga 2023.

“Syarikat milik wanita yang ditahan reman itu dipercayai telah mendapat kelulusan untuk menjalankan projek pembangunan ladang hutan pokok getah klon balak (TLC) di dua kompartmen di Kedah dalam tahun 2016,” kata sumber.

Projek tersebut bertujuan untuk menanam semula pokok-pokok getah klon balak di kawasan pembalakan yang terlibat.

Manakala pada tahun 2020, syarikat sama telah mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Negeri Kedah bagi menjalankan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) dalam kompartmen yang sama.

Namun, setakat ini tiada kelulusan diberikan oleh kerajaan negeri berhubung permohonan syarikat tersebut bagi menjalankan aktiviti perlombongan itu.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki telah mengesahkan penahanan kedua-dua suspek tersebut.

Beliau berkata kes sedang disiasat di bawah seksyen 17 dan 23 Akta SPRM 2009.

Coelho

Related Posts

  • News
  • April 8, 2025
  • 22 views
Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

KUALA LUMPUR: Hampir 95 peratus pekerja Menara Kuala Lumpur (Menara KL) sedia ada telah bersetuju menerima tawaran syarikat konsesi baharu LSH Service Masters Sdn Bhd (LSHSM), kata Ketua Pegawai Operasinya,…

  • News
  • March 13, 2025
  • 125 views
Caruman i-Saraan cecah RM2.6 bilion tahun 2024

KUALA LUMPUR: Caruman program i-Saraan iaitu caruman sukarela di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM2.6 bilion pada 2024. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata peruntukan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

  • April 8, 2025
Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

  • April 8, 2025
Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

  • April 7, 2025
Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan

  • April 7, 2025
U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan