Saifuddin dakwa MBI tahu isu kecurian REE di Bukit Enggang, Sik

  • News
  • July 20, 2023

ALOR SETAR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah mengetahui berlakunya kegiatan mencuri unsur nadir bumi (REE) secara besar-besaran di kawasan kompartmen miliknya di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik.

Saifuddin berkata, ini berdasarkan kewujudan dua warga China yang diambil bekerja sebagai pakar profesional oleh MBI bagi mengkaji tapak REE di kawasan berkenaan.

“Saya nak sebut di mana MBI terlibat, apabila dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN), Sanusi akan tepis kata MBI tak terlibat. Saya nak sebut bahawa MBI tahu dalam kompartmen atau kawasan mereka berlaku kecurian REE besar-besaran, ada dalam pengetahuan mereka.

“Sekurang-kurangnya sudah ada dua fasa tangkapan, yang pertama lebih 50 orang yang ditangkap, siasatan masih berjalan dan saya masih kumpul bukti. Tetapi yang ditangkap itu bukan dituduh mencuri, tetapi menceroboh hutan simpan. Kena kompaun sahaja, ada orang bayar pula, masa kena tangkap ada orang jamin, jadi ringan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah MADANI Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka Menanti di sini, malam tadi.

Saifuddin berkata, sebagai pihak yang mengambil pekerja warga China terbabit, MBI sepatutnya mengetahui apa dilakukan kumpulan terbabit, sama ada eksplorasi atau mencuri REE.

Dakwa Saifuddin, Sanusi ada menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk meminta masuk 10 jurutera dan 21 pekerja mahir, tetapi surat dari CEO MBI pula mengatakan 21 individu yang mahu dibawa masuk itu adalah pekerja am.

“Bila saya lihat ada dua nama meragukan, warga China yang jadi perunding yang juga konsultan kepada projek REE ini. Saya minta Sanusi jelaskan kedudukan dua orang ini yang Pas Lawatan Ikhtisas mereka menunjukkan majikan mereka adalah MBI dan dua orang ini masuk menjadi staf profesional MBI.

“Mereka ini kepakaran apa, berapa lama kontrak bekerja dengan MBI, berapa dibayar, apa tugas kerja mereka? Kerana salah seorang mereka adalah yang ditangkap menceroboh hutan simpan. Saya nak tanya Sanusi di mana dua orang ini sekarang? Mengapa 21 orang ini dibawa masuk hanya untuk jadi pekerja am?” katanya.

Beliau turut mendedahkan, sebahagian pekerja warga China terbabit juga dibawa masuk menggunakan pas rawatan yang sepatutnya digunakan untuk mendapat rawatan kesihatan di negara ini.

“Sebahagian warga China yang masuk itu atas permit perubatan untuk mendapat rawatan, mereka ini sakit kah? Saya nak tanya Sanusi, hospital mana mereka dapat rawatan? Saya nak dia dedahkan. Saya tahu 21 orang itu namanya apa, nombor pasport apa, masuk pas apa, kerja di mana, bila masuk.

“Kita nak beritahu bahawa pendedahan ini menunjukkan Sanusi selaku Menteri Besar, Pengerusi MBI yang mendapat kawasan kompartmen mengandungi REE dan membawa pekerja China, tangkapan pertama tidak kurang 380 kampit REE bahawa ini bukan eksplorasi, ini curi.

Coelho

Related Posts

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

  • News
  • April 18, 2025
  • 366 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

  • May 28, 2025
Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo

  • May 28, 2025
Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo