Perlombongan REE: SPRM sudah panggil 12 saksi, tunggu giliran Sanusi

  • News
  • July 21, 2023

KUALA TERENGGANU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memanggil 12 saksi bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dan rasuah membabitkan kegiatan mencuri unsur nadir bumi (REE) di negeri Kedah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua 12 saksi sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, pihaknya akan turut mengambil keterangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Saya tidak nafikan, beliau (Muhammad Sanusi) juga akan dipanggil kerana surat berhubung perlombongan yang tular itu ditandatangani oleh beliau.

“Antara yang kita akan tanya perkara itulah, sebab surat itu tular. Kalau betul, betullah dan jika tidak betul beliau kena nyatakan.

“Bila Muhammad Sanusi akan dipanggil, kita belum tahu lagi kerana saya serahkan kepada pegawai penyiasat dan mereka akan tentukan bila akan dipanggil,” katanya selepas Program Cakna Rasuah SPRM bersama Media Zon Timur di sini, semalam. 

Tambahnya, SPRM juga sedang mengesan dua lagi saksi luar negara melibatkan dari negara China yang dipercayai membuat pelaburan berkaitan perlombongan bagi melengkapkan siasatan kes itu.

Mengulas lanjut Azam berkata, pihaknya akan memperhalusi siasatan berkaitan kes itu dan tidak menolak akan memanggil sesiapa yang berkaitan.

“Sesiapa pun akan dipanggil untuk memberi keterangan sebagaimana yang difikirkan perlu. Cuma lambat atau cepat.

“Saya tidak boleh mendedahkan lagi siapa yang akan dipanggil, ramai lagi saksi yang dipanggil. Antara kita nak panggil hal yang berkaitan prosedur untuk meluluskan 

pengeluaran REE ini dan ada banyak lagi.

“Yang kita akan tanya tentang surat itu, kalau betul betullah. Kalau tak betul, kita nak dia nyatakan.

Ketika ditanya adakah pihak SPRM ditekan oleh pihak tertentu berhubung siasatan ini ketika menjelangnya Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi,  Azam menyangkal sama sekali dakwaan berkenaan.

“Tidak ada sesiapa yang menekan kami dalam kes REE ini dan kes ini juga tidak ada kaitan dengan PRN,” katanya.

Semalam media melaporkan seorang pegawai tinggi Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah dan seorang pengarah wanita ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes tersebut. 

Coelho

Related Posts

  • News
  • April 18, 2025
  • 123 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

  • News
  • April 17, 2025
  • 98 views
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

KUALA LUMPUR: Bangunan Menara Kuala Lumpur akan ditutup buat sementara waktu bermula Khamis bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan. Kementerian Komunikasi dalam kenyataan memaklumkan tarikh pembukaan semula menara…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

  • April 18, 2025
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

  • April 18, 2025
Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

  • April 18, 2025
Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

  • April 17, 2025
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

Presiden Xi menamatkan Lawatan Negara tiga hari ke Malaysia

  • April 17, 2025
Presiden Xi menamatkan Lawatan Negara tiga hari ke Malaysia

TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

  • April 15, 2025
TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait