Syahir Terima Pelawaan Rafizi Debat 9 Ogos Ini

  • News
  • August 2, 2023

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Sulaiman bersetuju dengan pelawaan debat bersama Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mengenai isu ekonomi pada 9 Ogos ini.

“Saya telah dimaklumkan bahawa saudara Syahir telah menerima semula jemputan saya untuk berdebat setelah mendapat keizinan pimpinan beliau. Saya ucapkan terima kasih.

“Platform debat adalah peluang bagi parti-parti membentangkan idea dan tawaran kepada rakyat.

“Maklumat lanjut debat akan dimaklumkan tetapi tarikh setakat ini adalah 9 Ogos 2023,” katanya dalam kenyataan ringkas di media sosial.

Mohd Syahir juga adalah Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Beliau adalah satu-satunya pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang menerima pelawaan debat Rafizi, selepas pelawaan yang sama diajukan kepada bekas Menteri Kanan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

  • Coelho

    Related Posts

    MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

    PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

    • News
    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

    • September 5, 2026
    Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

    AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

    • September 4, 2026
    AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

    Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

    • August 20, 2026
    Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

    Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

    • August 10, 2026
    Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

    HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

    • August 10, 2026
    HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

    DPS Resources, Hangyue Rancang Pusat Data 89MW di Melaka, Sasar Tarik Perusahaan China

    • August 7, 2026