Penamatan kontrak NIISe ‘tak sah, KDN langgar undang-undang’, kata Iris

Iris Corporation Bhd mempertikaikan penamatan kontraknya untuk Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), dengan mendakwa ia “tidak sah dan melanggar undang-undang”.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, katanya, anak syarikat milik penuhnya, Iris Information Technology Systems Sdn Bhd (IITS) menghantar surat itu selepas mendapat nasihat undang-undang.

“IITS mempertikaikan penamatan itu seperti dinyatakan dalam notis penamatan dan akan mengambil tindakan perlu untuk melindungi kepentingannya dan melaksanakan hak undang-undangnya berhubung kontrak NIISe.”

Terdahulu, kumpulan itu mengumumkan IITS diberikan notis penamatan bertarikh 10 Ogos.

Tetapi, tiga bulan sebelum itu, KDN memberikan lanjutan 12 bulan bagi kontrak NIISe, dengan tarikh tamat tempoh dilanjut dari 1 Sept 2025 hingga 31 Ogos 2026.

Pada Januari 2021, kontrak bernilai RM1.16 bilion itu diberikan kepada IITS mulai 1 Mac 2021 hingga 31 Ogos 2025.

‘Penyelesaian digital terkini’

Inisiatif NIISe ialah program dilancarkan KDN untuk menaik taraf sistem infrastruktur teknologi maklumat Jabatan Imigresen, membabitkan penyepaduan “penyelesaian digital terkini” untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan, sekali gus memperkukuh langkah keselamatan serta keselamatan sempadan.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata kemungkinan kontraktor NIISe digantikan jika gagal melaksanakan projek itu.

Sebelum lanjutan kontrak, Saifuddin berkata projek itu tidak mencapai kemajuan mencukupi setakat Mac lalu.

Iris kini dalam proses melupuskan 80% kepentingannya dalam IITS kepada Tass Tech Technologies Sdn Bhd pada harga RM70 juta.

Sequeira

Related Posts

Sapura Energy Tukar Nama Kepada Vantris Energy, Fokus Baharu Lepas Fasa Pemulihan Kewangan

KUALA LUMPUR— Syarikat perkhidmatan minyak dan gas Sapura Energy Bhd kini secara rasmi dikenali sebagai Vantris Energy Bhd, menandakan permulaan era baharu dalam usaha transformasi dan pemulihan korporatnya. Penjenamaan semula…

FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

Kuala Lumpur, 30 Julai – Penyenaraian FGV Holdings Bhd di Pasaran Utama Bursa Malaysia bakal berakhir selepas Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) secara rasmi memperoleh lebih 90 peratus pegangan dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Sapura Energy Tukar Nama Kepada Vantris Energy, Fokus Baharu Lepas Fasa Pemulihan Kewangan

  • August 2, 2025
Sapura Energy Tukar Nama Kepada Vantris Energy, Fokus Baharu Lepas Fasa Pemulihan Kewangan

Malaysia Peroleh Pelaburan Digital Besar RM29.5 Bilion Pada suku kedua 2025

  • July 30, 2025
Malaysia Peroleh Pelaburan Digital Besar RM29.5 Bilion Pada suku kedua 2025

FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

  • July 30, 2025
FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

5,800 Pembayar Cukai Dikesan Tidak Patuh, RM484 Juta Pendapatan Tidak Dilapor – HASiL Guna e-Invois Buru Penipu Cukai

  • July 30, 2025
5,800 Pembayar Cukai Dikesan Tidak Patuh, RM484 Juta Pendapatan Tidak Dilapor – HASiL Guna e-Invois Buru Penipu Cukai