New Zealand perkenalkan cukai digital bermula 2025

WELLINGTON: New Zealand akan memperkenalkan undang-undang pada minggu ini bagi membolehkan cukai perkhidmatan digital ke atas syarikat multinasional besar, yang hanya mula dikenakan selepas 2025.

Menteri Kewangan, Grant Robertson, hari ini berkata cukai yang dicadangkan itu akan dibayar oleh perniagaan multinasional memperoleh lebih €750 juta (RM3.7 bilion) setahun daripada perkhidmatan digital global dan lebih NZ$3.5 juta (RM9.3 juta) setahun daripada perkhidmatan digital yang disediakan kepada pengguna New Zealand.

Katanya, ia akan dikenakan pada kadar tiga peratus terhadap hasil perkhidmatan digital New Zealand yang boleh dicukai kasar, sama seperti cukai yang diterima pakai negara lain seperti Perancis dan United Kingdom (UK), serta dijangka menjana NZ$222 juta (RM611 juta) dalam tempoh empat tahun.

Kerajaan di seluruh dunia bimbang bahawa syarikat seperti Google dan Facebook tidak membayar cukai yang mencukupi atau tidak membayarnya di tempat yang betul, malah peraturan cukai global semasa juga tidak sesuai dengan cara syarikat ini membuat wang.

“Adalah jelas bahawa rangka kerja cukai antarabangsa tidak seiring dengan perubahan dalam amalan perniagaan moden mahupun peningkatan pendigitalan perdagangan.

“Ini adalah masalah yang dihadapi oleh negara di seluruh dunia, dengan semakin banyak perniagaan luar negara yang menerima model perniagaan digital.

“Keupayaan kami untuk mengenakan cukai kepada mereka adalah terhad dan bebannya jatuh kepada kumpulan pembayar cukai yang lebih kecil,” kata Robertson.

Kerajaan New Zealand sudah mengambil bahagian dalam rundingan di Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) bagi perjanjian pelbagai hala mengenai cara menangani isu-isu ini, tetapi Robertson berkata, kemajuannya agak perlahan.

“Walaupun kami akan terus berusaha untuk menyokong perjanjian pelbagai hala, kami tidak bersedia untuk menunggu terlalu lama untuk mengetahuinya.

“Itulah sebabnya kami sudah menyediakan undang-undang untuk dilaksanakan jika proses OECD tidak berjaya,” katanya.

Goncalves

Related Posts

Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

KUALA LUMPUR: Microsoft menegaskan komitmennya menjadikan Malaysia sebagai hab utama kecerdasan buatan (AI) di rantau ini, sekali gus memperkukuh aspirasi negara sebagai peneraju ekonomi digital serantau. Naib Presiden Eksekutif Awan…

WhatsApp umum ciri pin mesej pada tetingkap sembang

Ciri pin mesej pada tetingkap sembang diperkenalkan secara berperingkat, dan pengguna boleh pilih untuk pin sesuatu mesej untuk tempoh sama ada 24 jam, 7 hari atau 30 hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

  • June 14, 2025
Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

  • June 14, 2025
Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

  • June 13, 2025
Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN

  • June 13, 2025
KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN