Tourism Malaysia bersama Guardian lancar “Cuti-cuti Malaysia Bersama Guardian” sedia peraduan bernilai RM200,000

PETALING JAYA: Tourism Malaysia hari ini melancarkan “Cuti-Cuti Malaysia Bersama Guardian”, sebuah kerjasama pintar unik bersama Guardian bagi mempromosikan pelancongan domestik dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang destinasi pelancongan tempatan.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Dato’ Dr Ammar Abd Ghapar berkata, kempen promosi bersama Guardian yang tepat pada masanya ini bertujuan untuk menonjolkan keunikan budaya serta keindahan semula jadi yang terdapat di Malaysia.

Pada masa sama, beliau berkata kerjasama ini dapat membantu memperkasakan ekonomi setempat yang dimakmurkan dengan adanya pelancongan domestik.

“Memandangkan orang ramai perlu kekal sihat dan cergas semasa melancong, tiada cara yang lebih baik daripada bekerjasama dengan Guardian Malaysia yang memiliki stor di setiap destinasi pelancongan di seluruh negara.

“Kami sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Guardian yang menyediakan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan untuk semua jenis perjalanan, seperti percutian pantai peranginan, percutian keluarga, percutian tanah tinggi dan percutian penggemar makanan,” katanya.

Sementara itu, jelas Pengarah Komersial Malaysia & Brunei, Pengarah Jenama Sendiri Asia Tenggara Guardian, waktu kempen ini diadakan iaitu pada bulan September sangat bermakna kerana ia adalah bulan sambutan Hari Malaysia.

“Ia sememangnya waktu yang baik untuk menyambut Hari Malaysia dan menunjukkan semangat cintakan tanah air dengan berkunjung ke lokasi-lokasi menarik yang terdapat di Malaysia pada musim cuti.

“Di samping menikmati juadah dan kudapan yang lazat, pada masa yang sama kita membantu menaikkan ekonomi tempatan. Lebih ramai orang melancong di dalam negara, lebih banyak mereka akan berbelanja dan membantu penduduk setempat,” jelas Anna.

Sehubungan dengan itu, Anna turut berkongsi bahawa Guardian akan bekerjasama dengan beberapa pempengaruh media sosial yang akan turut terlibat dalam penghasilan kandungan untuk mempromosikan kempen pelancongan domestik ini.

Bersempena dengan kempen “Cuti-Cuti Malaysia Bersama Guardian”, yang bermula 4 September hingga 1 Oktoeber 2023 ini, Guardian akan mengadakan peraduan seluruh negara.

Pelanggan Guardian yang berbelanja sebanyak RM20 dan ke atas dalam satu resit akan berpeluang memenangi pelbagai hadiah percutian, kesihatan dan kecantikan bernilai sehingga RM200,000.

Hadiah utama merupakan sebuah Basikal Brompton C-Line, Basikal Lipat Keluli Klasik, baucar pelancongan domestik bernilai RM12,000, Sunway Camp Out 2Hari1Malam dan pas masuk Sunway Lagoon, bagasi Samsonite dan banyak lagi hadiah menarik yang lain.

Orang ramai boleh melayari laman web berikut https://campaign2023.guardian.com.my/ untuk mengetahui info lanjut dan menyertai peraduan tersebut.

Coelho

Related Posts

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

  • October 27, 2025
Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

  • October 27, 2025
Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

  • October 7, 2025
Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah

  • October 3, 2025
Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah