Pemegang saham Pelikan putuskan penjualan aset RM695 juta pada EGM 20 September

KUALA LUMPUR: Pelikan International Corp Bhd (PICB) akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 20 September untuk pemegang saham mengundi berhubung pelupusan kepentingan syarikat dalam pengeluar dan pengedar alat tulis berpangkalan di Jerman, Pelikan Group GmbH kepada Holdham SAS pada harga €136 juta (RM695.4 juta) tunai.

PICB dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, pemegang sahamnya juga perlu mengundi pengagihan sebahagian daripada pertimbangan pelupusan kepada pemegang saham melalui pengurangan modal merangkap pembayaran balik.

Jelasnya, ini melibatkan pembatalan RM452.4 juta modal terbitannya dan hasil daripada pembatalan tersebut akan digunakan untuk membayar balik pemegang saham melalui pengagihan tunai sebanyak 75 sen sesaham.

Ketika mengumumkan cadangan perjanjian itu pada Jun, PICB berkata ia akan menggunakan RM182.71 juta daripada RM695.44 untuk modal kerja, penyelesaian liabiliti, pembayaran balik pinjaman bank, dan untuk menampung anggaran perbelanjaan daripada cadangan itu.

Baki RM512.72 juta akan diagihkan melalui dividen khas dan/atau pembayaran balik modal dalam tempoh enam bulan dari selesai jualan, yang akan berlangsung selewat-lewatnya 31 Oktober 2023.

Pemegang saham yang memegang sekurang-kurangnya 75% daripada jumlah saham terbitan syarikat mesti meluluskan cadangan untuk resolusi diluluskan.

PICB berkata ia berhasrat untuk mengekalkan status penyenaraiannya selepas pelupusan.

Urusharta Jamaah Sdn Bhd ialah pemegang saham terbesar syarikat dengan 157.19 juta saham atau 25.85% kepentingan.

Pemegang saham utamanya yang lain ialah presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PICB Looi Hooi Keat dengan 18.23% kepentingan, diikuti oleh Ikhlas Capital Master Fund Pte Ltd dan Ikhlas Capital Singapore Pte Ltd dengan 9.02% melalui Merit Plus Ventures Ltd, dan Marktrade Sdn Bhd dengan 5.52% melalui PBS Office Supplies Holdings Sdn Bhd.

Setakat pukul 11:24 pagi ini, saham PICB telah monokok 4 sen atau 4.7% kepada 89.5 sen dengan permodalan pasarannya berjumlah RM544.3 juta.

Coelho

Related Posts

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

  • January 23, 2026
KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

  • January 20, 2026
Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

  • January 18, 2026
China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

  • January 18, 2026
PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

  • January 16, 2026
Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

  • January 16, 2026
Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan