Laporan jejak wang sahkan RM1.89 bilion 1MDB masuk akaun Najib – Penganalisis BNM

  • News
  • September 20, 2023

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa dana US$681 juta atau RM1.89 bilion yang berasal daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak melalui lapan transaksi pada 2013.

Penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM) Adam Ariff Mohd Roslan, 29, berkata dana itu dipindahkan antara 22 Mac 2013 dan 10 April tahun yang sama oleh Tanore Finance Corp, syarikat yang dikawal oleh Eric Tan Kim Loong, yang didakwa sebagai sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Sebelum itu, ia dilaporkan Tanore menerima sejumlah US$890 juta daripada anak syarikat 1MDB, 1MDB Global Investment Limited (1GIL) melalui dua dana fidusiari iaitu Devonshire Capital Growth Fund dan Enterprise Emerging Markets Fund (EEMF) pada Mac 2013.

Hari ini, Adam Ariff, saksi pendakwaan ke-47, mengesahkan Tanore memindahkan US$681 juta ke akaun Najib antara 22 Mac 2013 dan 10 April 2013.

“Menurut penyata bank Najib, didapati sebanyak RM465,000,000 telah dikreditkan melalui tiga transaksi pada 22 Mac 2013 iaitu RM369,974,962.98 dipindahkan pada 28 Mac, tahun yang sama melalui dua transaksi,” katanya ketika mengesahkan laporan jejak wang itu pada perbicaraan kes Najib membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.

Beliau seterusnya berkata pada 8 April tahun yang sama, Najib juga menerima sejumlah RM152,500,000 dan pada 9 April dan 10 April, beliau menerima RM304,000,000 dan RM602,000,000, masing-masing daripada Tanore.

Pada hari pertama perbicaraan pada 28 Ogos 2019, pihak pendakwaan berhujah bahawa pada 14 Mac 2013, Najib menandatangani surat sokongan untuk mendapatkan pinjaman melalui terbitan bon oleh 1MDB daripada Bank of New York Mellon Group berjumlah US$3 bilion dan pada 19 Mac 2013 sejumlah US$2.721 bilion disalurkan ke akaun 1GIL dengan BSI Bank di Lugano, Switzerland.

Daripada US$2.721 bilion itu, sejumlah US$1,060,606,065 telah dibayar kepada Devonshire dan EEMF. Devonshire menerima US$646,464,649 dalam lima tranche manakala EEMF menerima US$414,141,416 dalam tiga tranche.

Pada 21 Mac 2013, Devonshire memindahkan US$430 juta kepada Granton Property Holding Ltd yang merupakan syarikat yang dikawal oleh Eric Tan.

Pada hari yang sama, Granton memindahkan keseluruhan jumlah itu kepada Tanore dan pada hari yang sama (21 Mac 2013) Devonshire memindahkan sejumlah US$210 juta kepada Tanore.

Kemudian, antara 22 Mac 2013 dan 25 Mac, tahun yang sama, EEMF memindahkan US$250 juta kepada Tanore yang oleh itu pada tarikh berkenaan mempunyai US$890 juta dalam pegangannya. Antara 21 Mac 2013 dan 10 April 2013, Tanore memindahkan US$681 juta ke akaun tertuduh.

Najib,70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Sequerah bersambung. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

  • News
  • April 18, 2025
  • 396 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025