DTNN 2030 sasar penggunaan teknologi nuklear sebanyak 40% menjelang 2030

  • News
  • September 20, 2023

PUTRAJAYA: Selaras dengan pelaksanaan Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030 (DTNN 2030), kerajaan mensasarkan penggunaan teknologi nuklear sebanyak 40% menjelang tahun 2030 dengan nilai pelaburan industri RM2.4 billion.

Menteri Sains Teknologi & Inovasi, Chang Lih Kang, berkata DTNN 2030 merupakan dasar yang signifikan dalam usaha MOSTI untuk merangka hala tuju strategik jangka panjang bagi memacu pembangunan teknologi nuklear negara sehingga tahun 2030.

“Walaupun kita menggunakan teknologi nuklear secara meluas untuk sekian lama melebihi 40 tahun, hari ini hari pertama kita lancarkan dasar ini, kita harap dasar ini boleh membantu dasar negara iaitu meningkatkan penggunakan teknologi nuklear sebanyak 40% menjelang tahun 2030 dan ini satu dasar untuk mengarus perdanakan penggunakan teknologi nuklear di negara kita,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan DTNN 2030, di sini, hari ini.

Sehingga kini, Chang berkata negara menggunakan sebanyak 20% penggunaan teknologi nuklear.

Chang berkata, DTNN 2030 akan membolehkan Malaysia memaksimumkan penggunaan teknologi nuklear secara aman untuk pembangunan sosioekonomi negara.

Untuk tujuan itu, Chang berkata dasar berkenaan menetapkan empat teras strategik, 18 strategi dan 13 sasaran utama bagi mencapai visi dan hala tuju ekosistem teknologi nuklear negara.

“Strategi dan inisiatif yang digariskan dalam dasar ini memberi penekanan untuk mewujudkan ekosistem teknologi nuklear negara yang mampan serta membentuk asas yang kukuh dalam mengarusperdanakan teknologi nuklear secara aman di Malaysia,” katanya.

Selain itu, Chang berkata DTNN 2030 juga telah menggariskan enam sektor fokus utama sebagai sektor yang boleh dipertingkatkan keupayaannya melalui penggunaan teknologi nuklear.

Fokus utama itu ialah perubatan dan penjagaan kesihatan, makanan dan pertanian, pembuatan peranti dan peralatan, pengurusan alam sekitar dan sumber asli, aplikasi perindustrian serta keselamatan dan sekuriti nuklear.

Chang berkata, melalui kerangka DTNN 2030 berserta dokumen pelan tindakan yang telah disediakan, sasaran penggunaan teknologi nuklear dalam bidang khusus sains, teknologi, inovasi dan ekonomi (STIE) negara disasarkan akan meningkat sebanyak 40% daripada data asas bidang STIE semasa.

“Melalui pelaksanaan DTNN 2030, bidang penyelidikan, pembangunan, pengkomersilan dan inovasi akan terus menjadi tonggak dalam pembangunan bidang sains, teknologi dan inovasi di bawah MOSTI,” katanya.

Tambah Chang, dengan memanfaatkan teknologi nuklear yang selamat dan berhemah, Malaysia dapat memenuhi keperluan sosioekonomi negara termasuklah membuka peluang ekonomi dan pekerjaan baharu.

Coelho

Related Posts

  • News
  • January 22, 2025
  • 49 views
Vivy Yusof dan Suami dituduh lagi atas dakwaan seleweng RM8 juta dana Khazanah, PNB

KUALA LUMPUR: Pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas satu pertuduhan pilihan iaitu menyalahgunakan dana Khazanah…

  • News
  • January 17, 2025
  • 59 views
Datuk Ismail Yusop Dilantik Sebagai Ketua Pengarah JKOM Yang Baharu

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop dilantik sebagai Ketua Pengarah JKOM yang baharu. Beliau yang juga memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Latihan)…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Vivy Yusof dan Suami dituduh lagi atas dakwaan seleweng RM8 juta dana Khazanah, PNB

  • January 22, 2025
Vivy Yusof dan Suami dituduh lagi atas dakwaan seleweng RM8 juta dana Khazanah, PNB

Cadangan penswastaan MAHB patuh sepenuhnya peraturan SC

  • January 22, 2025
Cadangan penswastaan MAHB patuh sepenuhnya peraturan SC

Malaysia catat nilai dagangan tertinggi RM2.879 Trilion pada 2024

  • January 20, 2025
Malaysia catat nilai dagangan tertinggi RM2.879 Trilion pada 2024

Bursa Malaysia rendah meskipun Wall Street catat prestasi kukuh

  • January 20, 2025
Bursa Malaysia rendah meskipun Wall Street catat prestasi kukuh

Ringgit meningkat menjelang pelantikan Trump sebagai Presiden AS

  • January 20, 2025
Ringgit meningkat menjelang pelantikan Trump sebagai Presiden AS

Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS

  • January 20, 2025
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS