Scientex catat untung bersih sebanyak RM438.1 juta

KUALA LUMPUR: Scientex Berhad mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM438.1 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai 2023.

Pendapatan Scientex sebanyak RM4.08 bilion antara tertinggi, disumbangkan peningkatan prestasi bahagian hartanahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Scientex, Lim Peng Jin berkata, bahagian hartanah menjadi pemacu utama pendapatan kumpulan dengan mencatatkan peningkatan sebanyak 29.1% kepada RM1.45 bilion berbanding RM1.12 bilion sebelum ini.

Beliau berkata, ia berdasarkan kadar pengambilan yang kukuh untuk pelancaran baharu serta jualan yang lebih tinggi, selain turut disokong oleh kemajuan pembinaan yang stabil.

“Pendapatan bahagian pembungkusan berkurangan 8.2% kepada RM2.63 bilion berbanding RM2.86 bilion setahun lalu.

“Bagi suku keempat berakhir 31 Julai 2023, kumpulan itu mencatatkan untung bersih sebanyak RM114.9 juta dengan pendapatan sebanyak RM1.07 bilion berbanding untung bersih RM125 juta dengan pendapatan sebanyak RM1.11 bilion,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Peng Jin berkata, penyusutan untung bersih pada suku tersebut sebahagian besarnya disebabkan oleh peningkatan kos operasi, terutamanya kos tenaga yang lebih tinggi.

Beliau berkata, segmen hartanah terus menunjukkan prestasi yang menggalakkan pada suku keempat dengan lebih tinggi pengebilan kemajuan daripada projek yang sedang dijalankan di Melaka, Selangor dan Pulau Pinang.

Di samping itu, katanya permintaan kukuh untuk pelancaran baharu di Johor, Selangor dan Kedah, mengatasi permintaan yang lebih lembut untuk semua segmen produk dalam bahagian pembungkusan, yang menyaksikan peningkatan kos operasi.

“Kami yakin prestasi positif bahagian hartanah akan terus mendapat momentum dalam tahun kewangan semasa berakhir 31 Julai 2024.

“Kami juga akan meraih manfaat daripada strategi sedia ada seperti sebagai pembelian pukal, mengoptimumkan penggunaan tanah dan menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) untuk mengekalkan kemampuan dan daya saing rumah,” katanya

Coelho

Related Posts

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

KUALA LUMPUR – Perbicaraan petisyen pembubaran Sapura Holdings Sdn Bhd terus menarik perhatian apabila keterangan yang dikemukakan menunjukkan kekeliruan dan pendirian tidak konsisten oleh pengarah syarikat, Shahriman Shamsuddin, dalam isu…

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

KUALA LUMPUR: Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) mencatatkan penurunan 79.5% untung selepas cukai (PAT) sebanyak RM2.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, berbanding RM12.47 peratus pada 2023. Perolehan juga menurun 5.9…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025