PROTON kembangkan pengaruhnya di tiga pasaran eksport

  • Auto
  • September 22, 2023

SUBANG JAYA: Mauritius menjadi pasaran eksport pertama yang menerima Proton X90, apabila SUV keluaran premium dan moden itu telah diperkenalkan pada 4 Ogos di Le Salon de L’ Automobile, SVICC, Pailles.

Diikuti dengan pasaran keduanya ketika Proton Afrika Selatan mempamerkan Proton X90 di Festival Permotoran di Litar Grand Prix Kyalami dari 25 hingga 27 Ogos.

Pada hari yang sama, Proton Brunei melancarkan Proton X90 pada majlis pelancaran besar-besaran yang dihadiri oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Datuk Raja Reza Raja Zaib Shah dan Pengerusi pengimport dan pengedar Proton, Pad dan Econ Motors, Tan Kah Boon.

Pengarah Jualan Antarabangsa PROTON, Steven Xu, berkata 2023 menjadi tahun yang mencabar kepada perniagaan eksport PROTON kerana kebanyakan pasaran eksport mengalami cabaran ekonomi yang mengakibatkan kawalan ketat pasaran modal.

“Bagaimanapun, usaha kami untuk meneroka peluang dalam pasaran lain diteruskan dengan kerja asas sedang dijalankan di Fiji, Ghana, Trinidad dan Tobago serta Iraq.

“Pada masa yang sama, kami kekal fokus untuk mengembangkan kehadiran dalam pasaran eksport semasa. Pelancaran Proton X90, Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) pertama syarikat, dalam tiga pasaran eksport berlangsung hanya tiga bulan selepas pelancarannya di Malaysia pada 7 Mei dan ini membantu meningkatkan imej jenama PROTON di pasaran terbabit.

“Kami melihat ini sebagai pelaburan demi masa depan kerana ia akan membolehkan PROTON mengambil kesempatan keadaan pasaran yang bertambah baik pada masa hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, populariti model Proton telah melonjak di Brunei dalam beberapa bulan kebelakangan ini dengan pasaran berjaya mencapai paras tertinggi dalam sejarah.

Kumpulan pertama unit Proton X90 telah dijual dengan pantas dan model lain turut diminati pembeli dalam pasaran dengan anggaran jumlah keseluruhan industri (TIV) tahunan sebanyak 13,000 unit.

Bagi Ogos, jualan kenderaan Proton mencecah paras tiga angka buat kali pertama apabila 100 unit didaftarkan.

“Prestasi jualan kereta Proton yang kukuh di Brunei tahun ini adalah hasil daripada kekuatan barisan model kami serta usaha pengimport kami.

“Dari segi budaya, terdapat banyak persamaan antara pembeli kereta di Brunei dan Malaysia, dan jenama Proton mempunyai sejarah yang panjang di negara ini, oleh itu kami sangat gembira melihat Proton masih boleh mencatatkan pertumbuhan jualan dalam pasaran yang matang,” tambah Xu.

Coelho

Related Posts

  • Auto
  • May 28, 2025
  • 91 views
Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo

TOKYO: Toyota Motor Corporation (Toyota) akan memulakan kerja pembinaan bagi Shinagawa Station West Exit Area District A New Construction Plan (nama sementara, selepas ini dirujuk sebagai “Pelan”) pada 31 Mei…

  • Auto
  • October 24, 2024
  • 500 views
Betamek, Perodua kerjasama pamer penyelesaian telematik

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar Reka Bentuk Asal (“ODM”) dan peneraju dalam perkhidmatan pembuatan elektronik (“EMS”) untuk industri automotif, Betamek Berhad mengumumkan, pihaknya mengambil bahagian dalam pameran Daihatsu Motor Co., Ltd.…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025