Daihatsu gantung operasi, beri pampasan kepada pembekal

TOKYO: Unit pengeluaran kereta besaiz kecil Toyota Motor, Daihatsu Motor akan memberikan pampasan kepada 423 pembekal domestik yang memiliki hubungan langsung selepas penggantungan operasi pengeluaran kilangnya di Jepun selepas terpalit dengan skandal keselamatan. Menurut jurucakap, pengeluar kereta bersaiz kecil itu menghentikan pengeluaran di kilangnya sehingga akhir bulan hadapan. “Syarikat itu akan mempertimbangkan untuk memberi pampasan […]

PROTON tingkat prestasi pusat perkhidmatan seluruh negara melalui inisiatif kecemerlangan operasi

KUALA LUMPUR: PROTON melancarkan inisiatif Kecemerlangan Operasi PROTON (POE), strategi teliti bertujuan meningkatkan prestasi pusat perkhidmatan di seluruh negara dengan memupuk kepercayaan terhadap komitmen jenama kereta nasional itu terhadap kecemerlangan. Bermula dengan 13 cawangan perintis, inisiatif POE akan disepadukan secara progresif ke semua cawangan 3S dan 4S di seluruh negara. Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar, […]

Honda Malaysia model CR-V dibuka untuk tempahan

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia secara rasmi membuka tempahan bagi kenderaan utiliti sukan (SUV) yang ditunggu-tunggu, ‘Comfortable Runabout Vehicle’ (CR-V) generasi keenam serba baharu di semua 101 pengedar seluruh negara. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura, berkata CR-V mempunyai sejarah selama 20 tahun sebagai model pemasangan tempatan sepenuhnya (CKD) yang dikeluarkan dari […]

Model terbaharu Proton S70, kini dibuka untuk tempahan

KUALA LUMPUR: Pengeluar kereta nasional, PROTON secara rasmi melancarkan S70 dari barisan pengeluarannya. Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong, berkata, pelanggan boleh membuat tempahan di semua cawangan PROTON bermula hari ini, dengan bayaran sebanyak RM500. Beliau berkaya, S70 adalah model sedan baharu yang pertama ditambah ke barisan model PROTON sejak pelancaran Persona pada Ogos […]

MINI Clubman Final Edition masuk pasaran Malaysia terhad kepada 20 unit

KUALA LUMPUR: MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia memperkenalkan MINI Clubman Final Edition untuk pasaran tempatan terhad kepada hanya 20 unit di Malaysia. Harga runcit berserta cukai jualan dan perkhidmatan (SST) atas jalan, tanpa insurans MINI Clubman Final Edition ialah RM318,888. Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser, berkata selama dekad […]