Kerajaan mungkin kurangkan subsidi kepada RM40 bilion

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka memperuntukkan subsidi lebih rendah berjumlah RM40 bilion pada 2024 dalam usaha menurunkan defisit fiskal, demikian menurut penganalisis.

Ketua Penyelidik TA Securities, Kaladher Govindan, berkata memandangkan kerajaan berusaha untuk menurunkan defisit fiskal, pengurangan perbelanjaan operasi (OE) adalah salah satu daripada langkah yang perlu, selain mengembangkan asas pendapatan dan menguruskan perbelanjaan yang semakin meningkat diperuntukkan terhadap subsidi pukal.

Beliau berkata, banyak perhatian telah diberikan kepada subsidi bahan api yang dijangkakan seperti mekanisme subsidi pukal semasa yang menyebabkan jumlah bil subsidi meningkat.

“Belanjawan 2023, mengikut Laporan Ekonomi 2022/23 yang disemak semula memperuntukkan RM58.6 bilion untuk subsidi tahun ini.

“Walaupun hampir 13 peratus lebih rendah berbanding RM67.4 bilion yang dilaporkan pada 2022, ia masih tinggi berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Kami menjangkakan peruntukan subsidi yang lebih rendah sebanyak RM40 bilion pada 2024,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Govindan berkata, versi subsidi yang lebih luas menurut Kementerian Kewangan (MOF) termasuk insentif lain menunjukkan bahawa jumlah perbelanjaan subsidi kerajaan untuk tahun ini dijangka dikurangkan kepada RM63.8 bilion berbanding RM91.4 bilion pada 2022.

Beliau berkata, baru-baru ini, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyebut sekiranya minyak mentah Brent mencecah AS$100 setong, subsidi ditanggung oleh kerajaan boleh melebihi RM100 bilion.

Katanya, tekanan fiskal dikaitkan dengan populasi yang semakin tua dan peningkatan ketidaksamaan serta kesan pandemik dijangka meningkat pada tahun-tahun akan datang.

“Oleh itu, menggantikan langkah sokongan yang tidak disasarkan dengan bantuan yang disasarkan kepada golongan yang terdedah adalah penting untuk melindungi ruang fiskal kerajaan,” katanya.

Govindan berkata, TA Securities menjangkakan kerajaan untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai program subsidi yang disasarkan dalam Belanjawan 2024 yang akan datang.

Beliau berkata, setakat ini, kerajaan telah mengambil beberapa langkah dengan tarif elektrik lebih banyak dipacu pasaran untuk pengguna bukan domestik dan pengguna voltan tinggi, membolehkan majoriti isi rumah tidak terjejas.

Katanya, kebanyakan subsidi makanan dan bahan api yang mahal ada juga dikekalkan pada tahun ini.

“Kami percaya garis masa rasionalisasi akan bergantung pada pelancaran hab Pangkalan Data Utama atau PADU. Ia dijangka menjalani percubaan pada November 2023 sebelum boleh diakses oleh orang ramai pada Januari 2024 untuk pengesahan maklumat peribadi.

“Hab PADU akan meliputi 270 pangkalan data daripada kementerian, agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan badan berkanun melalui perjanjian perkongsian data sedia ada,” katanya.

Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong, semasa menggulung perbahasan sidang khas Dewan Negara Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di Parlimen semalam berkata, terdapat penjimatan kira-kira RM4 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini yang membabitkan subsidi elektrik, susulan langkah kerajaan untuk tidak lagi memberikan subsidi penuh tarif elektrik kepada syarikat-syarikat besar yang menggunakan tenaga elektrik pada tahap yang tinggi mulai tahun ini.

Beliau berkata, kerajaan masih menanggung jumlah subsidi elektrik sebanyak RM10.8 bilion berbanding jumlah asal RM14.9 bilion.

Katanya, pengurusan subsidi yang lebih bersasar dan mampan adalah menjadi keutamaan, dalam memastikan perbelanjaan Kerajaan dapat disalurkan kepada keperluan pembangunan yang dapat memberi nilai tambah lebih tinggi kepada ekonomi negara. -BH

Coelho

Related Posts

‘Rty Bank’ Bank Digital Pertama Di Malaysia Guna Kecerdasan AI Mula Beroperasi Secara Rasmi Disember Lalu

KUALA LUMPUR: Ryt Bank oleh YTL Digital Capital Sdn Bhd dan Konsortium Sea Ltd telah secara rasmi menerima kelulusan untuk mula beroperasi.  YTL dalam satu kenyataan berkata, Kementerian Kewangan (MoF)…

Pengekalan penarafan Fitch Ratings satu pengiktirafan terhadap kemajuan ekonomi negara – PM

KUALA LUMPUR: Pengekalan penarafan kredit berdaulat Malaysia oleh Fitch merupakan satu pengiktirafan terhadap kemajuan ekonomi negara seperti aspirasi di bawah kerangka Ekonomi Madani, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Petros laksana fungsi sebagai agregator gas tunggal di Sarawak

  • January 16, 2025
Petros laksana fungsi sebagai agregator gas tunggal di Sarawak

YTL Bangunkan Bandar Baharu Brabazon Di Bristol, Bandar Paling Lestari

  • January 16, 2025
YTL Bangunkan Bandar Baharu Brabazon Di Bristol, Bandar Paling Lestari

‘Rty Bank’ Bank Digital Pertama Di Malaysia Guna Kecerdasan AI Mula Beroperasi Secara Rasmi Disember Lalu

  • January 14, 2025
‘Rty Bank’ Bank Digital Pertama Di Malaysia Guna Kecerdasan AI Mula Beroperasi Secara Rasmi Disember Lalu

Saham Yinson digantung sementara tunggu penguman penting

  • January 14, 2025
Saham Yinson digantung sementara tunggu penguman penting

Pihak berkuasa pelaburan Abu Dhabi mahu tingkat pelaburan di Malaysia

  • January 14, 2025
Pihak berkuasa pelaburan Abu Dhabi mahu tingkat pelaburan di Malaysia

Anak Zahid dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UPM

  • January 13, 2025
Anak Zahid dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UPM