Najib gagal rayu perintah injunksi mareva SRC

  • Kes
  • October 5, 2023

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini gagal mendapatkan kebenaran merayu daripada Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan perintah injunksi mareva yang diperoleh SRC International Sdn Bhd yang menghalangnya daripada memindahkan atau melupuskan mana-mana asetnya sehingga berjumlah RM42 juta.

Perintah injunksi mareva adalah perintah sementara yang menghalang seseorang defendan daripada melupuskan aset sehingga pertikaian di antara plaintif dan defendan diputuskan mahkamah.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Tan Sri Nallini Pathmanathan yang bersidang bersama-sama Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais, sebulat suara menolak permohonan Najib bagi kebenaran untuk merayu.

Nallini yang membacakan keputusan panel, berkata tiada kesilapan yang dibuat oleh mahkamah bawahan dalam membenarkan perintah injunksi itu, yang memerlukan campur tangan mahkamah atasan.

“Penggunaan penanda aras yang ditetapkan dalam kes terdahulu adalah berbeza bagi kes dan berdasarkan fakta bagi setiap kes.

“Kami dapati hakim terdahulu telah mengambil kira perbezaan dan mengguna pakai setiap penanda aras berdasarkan fakta matriks kes adalah cukup untuk membuat penentuan dalam menjawab persoalan berhubung pelupusan (aset),” kata Hakim Nallini ketika membaca penghakiman ringkas panel itu.

Susulan keputusan itu, mahkamah itu juga mengarahkan Najib membayar kos sebanyak RM30,000.

Permohonan Najib untuk mengetepikan perintah injunksi mareva itu sebelum ini ditolak Mahkamah Rayuan pada 6 Disember tahun lalu, selepas memutuskan Mahkamah Tinggi sudah mempertimbangkan undang-undang dan menganalisis bukti dalam afidavit SRC International sebelum membenarkan injunksi terbabit.

Bagi merayu keputusan Mahkamah Rayuan itu, Najib perlu mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan terlebih dahulu.

Mahkamah Tinggi pada 24 Mac lalu, membenarkan injunksi mareva kepada SRC International dan mengarahkan Najib supaya tidak memindahkan, melupuskan, berurusan atau mengurangkan nilai mana-mana aset mereka di dalam dan di luar Malaysia yang bernilai sehingga RM42 juta, sementara saman difailkan syarikat itu terhadapnya diputuskan mahkamah.

Dalam perintah itu juga, Ahli Parlimen Pekan itu hanya layak mengeluarkan RM100,000 sebulan untuk perbelanjaan sara hidup dan bayaran yuran guaman.

Coelho

Related Posts

FashionValet: “Dumb, Dumber And Dumbest”

Artikel asal ditulis oleh: The2Bros Pelbagai agensi dan pihak berkuasa undang-undang kini sibuk mahu menyiasat semua individu “dumb” yang terlibat dalam kekecohan FashionValet. SPRM telah memanggil pasangan terkenal di media…

FashionValet: Dumb, Dumber And Dumbest

Article By: The2Bros The various agencies and legal authorities are up in arms wanting to investigate all the Dumb people associated with the FashionValet fiasco. MACC has summoned the Social…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat

  • April 9, 2025
HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat