Subsidi negara dijangka cecah RM81 billion tahun ini – PM

  • News
  • October 5, 2023

Subsidi dikeluarkan kerajaan untuk rakyat di seluruh negara termasuk elektrik, minyak dan makanan dijangka mencecah RM81 billion tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata walaupun angka itu dilihat tinggi, mengurangkan jumlah subsidi itu tanpa melihat kepada keperluan rakyat bukan satu pilihan kepada kerajaan bagi memastikan rakyat tidak terbeban terutama dengan kos sara hidup masa kini.

Justeru, katanya rasionalisasi subsidi yang sedang dilaksanakan kerajaan kini adalah penting dalam memastikan rakyat dapat dibantu dan ekonomi negara sentiasa kekal ampuh.

“Subsidi ini campur tangan kerajaan untuk kurangkan beban rakyat. Subsidi untuk ayam dan telur pula RM3.8 billion, tetapi kurangkan subsidi bukan pilihan kerana ia membebankan rakyat jadi perlu dasar lebih ampuh kurangkan (subsidi) iaitu rasionalisasi subsidi.

“Dengan jumlah subsidi (tinggi) tidak ada negara mampu bertahan, akan ada yang kurangkan,” katanya berucap merasmikan Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam Sempena Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di Kota Kinabalu malam semalam.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’m Mokhtar.

IJPAM 2023 yang berlangsung dari 30 Sept hingga esok menyaksikan penyertaan 1,837 peserta daripada pelbagai agensi hal ehwal Islam peringkat Persekutuan dan negeri dari seluruh negara.

Anwar berkata menerusi langkah rasionalisasi itu subsidi elektrik untuk satu peratus kumpulan rakyat terkaya telah dibatalkan, namun ia tidak akan membebankan kerana 99 peratus rakyat tidak akan terkesan.

Perdana Menteri berkata baru-baru ini beliau juga meminta Lembaga Tabung Haji (TH) supaya mengkaji semua subsidi bagi kos mengerjakan haji untuk golongan kaya yang mana kos subsidi golongan itu akan dapat dimanfaatkan semula kepada golongan yang lebih memerlukan.

“Rasionalisasi ini saya minta kepada masyarakat Muslim, paling kaya tidak diberikan subsidi bagi bantu jemaah lain ia diterima baik. Ada 400 orang jemaah yang layak subsidi (haji) menolak subsidi supaya tidak bebankan orang lain bayar kos haji,” katanya.

Anwar berkata ramai yang mengulangi kenyataannya pada 2008 menyebut “hari ini menang, esok harga minyak turun” dan beliau menjelaskan pada tahun itu harga minyak di negara ini lebih tinggi daripada negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi.

“Sekarang kos meningkat berkali ganda, harga minyak di Arab Saudi lebih tinggi dari Malaysia, Brunei rendah sikit. Tampungan, dukungan dan sokongan subsidi (minyak) ini kita bantu rakyat. Kita jelaskan hal ini terutama kepada rakyat, kita ikhlas dan bertanggungjawab tidak payah politikkan isu ini,” katanya.

Sementara itu katanya langkah kerajaan memberikan subsidi RM950 bagi setiap tan metrik beras putih import (BPI) kepada Sabah dan Sarawak adalah penting dalam usaha membantu rakyat terutama golongan miskin di negeri itu.

“Tidak mungkin kita mahu lihat rakyat Sabah miskin ini terbeban dengan harga beras melambung tinggi ada tempat harga beras itu RM45, RM41, RM39 (pek 10 kilogram) jadi dengan subsidi ini kita dapat turunkan harga kepada RM31 kita kurangkan beban dan tekanan rakyat,” katanya.

Beliau berkata bagi kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak mekanisme bagi memastikan harga beras itu tidak melambung akibat kos pengangkutan akan dibincangkan dan dicari bagi membantu rakyat di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu Anwar mengucapkan terima kasih kepada 12 wakil rakyat dan pemimpin daripada Pakatan Harapan (PH) Sabah yang telah menarik balik saman kepada Kerajaan Persekutuan berhubung pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Sejak kita ambil alih kerajaan, Ketua Menteri (Hajiji) sedia maklum saya telah arahkan sedaya upaya kita untuk laksanakan apa yang kita janjikan. Saya beri jaminan, hubungan dan kerjasama erat dengan sahabat saya Datuk Seri Hajiji kita akan terus meningkatkan usaha dan mendengar apa-apa langkah lain yang dinyatakan,” katanya. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

  • News
  • March 13, 2025
  • 80 views
Caruman i-Saraan cecah RM2.6 bilion tahun 2024

KUALA LUMPUR: Caruman program i-Saraan iaitu caruman sukarela di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM2.6 bilion pada 2024. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata peruntukan…

  • News
  • March 13, 2025
  • 89 views
Dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy adalah pinjaman – PM

KUALA LUMPUR: Suntikan pelaburan sebanyak RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Berhad (SEB) dilaksanakan dalam bentuk pinjaman bukan berbentuk dana hangus. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihak pengurusan syarikat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

  • March 19, 2025
Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan

  • March 19, 2025
Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan

Mohd Iskandar Dzulkarnain Pengarah Urusan baharu AmanahRaya REIT

  • March 19, 2025
Mohd Iskandar Dzulkarnain Pengarah Urusan baharu AmanahRaya REIT

Pemegang saham HHRG minta EGM, usul singkir lima pengarah

  • March 19, 2025
Pemegang saham HHRG minta EGM, usul singkir lima pengarah

Ekuinas melabur dalam Bluesify perkukuh keselamatan siber negara

  • March 17, 2025
Ekuinas melabur dalam Bluesify perkukuh keselamatan siber negara

Caruman i-Saraan cecah RM2.6 bilion tahun 2024

  • March 13, 2025
Caruman i-Saraan cecah RM2.6 bilion tahun 2024