Kerajaan pertimbang tubuh anak syarikat kawal selia Bursa Malaysia – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbangkan penubuhan anak syarikat kawal selia Bursa Malaysia (RegSub) bagi mempertingkat struktur tadbir urus dan kawal selia pasaran saham negara.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata langkah itu juga berupaya meningkatkan struktur pentadbiran sedia ada dan menangani risiko yang berkaitan dengan konflik kepentingan.

“Penubuhan RegSub adalah sejajar dengan prinsip G20/Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) yang disemak semula, menekankan keperluan untuk pembahagian tanggungjawab yang jelas antara pelbagai pihak berkuasa dan untuk perlindungan untuk menguruskan konflik kepentingan berpotensi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama dalam Persidangan Meja Bulat OECD-Asia 2023 mengenal Tadbir Urus Korporat di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin.

SC dan Bursa Malaysia pada Februari 2020 telah mengumumkan bahawa Bursa Malaysia akan menubuhkan anak syarikat milik penuh untuk mengambil alih fungsi pengawalseliaan yang ketika ini diuruskan Bursa Malaysia (Bursa RegSub).

Kedua-dua agensi itu telah bekerjasama rapat untuk terus mempertingkat struktur tadbir urus bursa dengan mengasingkan fungsi pengawalseliaannya daripada objektif komersil untuk menangani kewujudan persepsi konflik kepentingan berpotensi antara kedua-dua peranan berkenaan.

Bursa RegSub akan ditadbir oleh Lembaga Pengarah, dengan sebahagian besar ahlinya tiada kaitan dengan Bursa Malaysia, manakala Pengerusi Bursa RegSub akan dilantik dalam kalangan ahli Lembaga Pengarah Bebas.

Sementara itu, Awang Adek berkata, SC mengalu-alukan konsensus antarabangsa yang diperbaharui mengenai jangkaan tadbir urus seperti yang terkandung dalam prinsip yang disemak itu.

Katanya, ia kekal sebagai instrumen penting yang membimbing rangka kerja kawal selia dan institusi, termasuk Malaysia, yang sudah sejajar secara meluas dengan panduan baharu dalam prinsip berkenaan.

“Tadbir urus korporat yang baik kekal sebagai teras keutamaan kawal selia SC dan penting untuk mencapai matlamat dan sasaran kemampanan.

“Sebagai sebahagian daripada usaha kemampanan SC, satu jawatankuasa kemampanan khas di Lembaga Pengarah SC telah dibentuk untuk mengukuhkan tadbir urus dalaman dan pengawasan strategik bagi isu berkaitan kemampanan,” katanya.

Forum serantau selama dua hari di SC yang dihadiri kira-kira 150 perwakilan dari lebih 20 negara itu menggalakkan dialog mengenai dasar tadbir urus korporat dan kewangan korporat antara ekonomi Asia dan OECD.

Prinsip itu adalah penanda aras global untuk rangka kerja undang-undang, kawal selia dan institusi berkenaan tadbir urus korporat. Ia telah disahkan pada Sidang Kemuncak Pemimpin G20 di New Delhi pada 11 September lalu.

Prinsip disemak semula itu bertujuan untuk menangani perubahan dan cabaran yang muncul yang dihadapi oleh syarikat di seluruh dunia, antaranya perubahan iklim dan pendigitalan, membawa kepada ketidaktentuan dan cabaran baharu.

Coelho

Related Posts

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

  • April 18, 2025
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

  • April 18, 2025
Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

  • April 18, 2025
Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

  • April 17, 2025
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis