SME Corp, Enterprise Singapore jalin kerjasama perkukuh pertumbuhan PMKS Malaysia-Singapura

KUALA LUMPUR: SME Corporation Malaysia (SME Corp Malaysia) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Enterprise Singapore bagi memperkukuh hubungan dua hala ke arah pertumbuhan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) bagi kedua-dua negara.

SME Corp Malaysia dalam kenyataan berkata, kerjasama ini memberikan tumpuan kepada aspek latihan, pendigitalan, kelestarian dan akses pasaran yang lebih luas untuk PMKS kedua-dua negara.

“SME Corp. Malaysia telah mengenal pasti lapan sektor yang akan diberi keutamaan untuk aktiviti padanan perniagaan termasuk pertanian pintar, elektrik dan elektronik, aeroangkasa, peranti perubatan, industri halal, minyak dan gas, pelancongan dan biomas,” kata syarikat itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Rizal Nainy berhasrat MoU itu bakal membawa kepada kerjasama lebih erat serta kemakmuran ekonomi kedua-dua negara, khususnya dalam pembangunan PMKS menerusi perkongsian pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik.

“Kedua-dua negara amat mengharapkan untuk mengambil peluang daripada potensi sektor PMKS masing-masing dan memanfaatkan kerjasama ini bagi menyokong aspek keusahawanan, inovasi dan pertumbuhan ekonomi.

“MoU yang dimeterai ini sememangnya satu peristiwa penting buat kedua-dua negara,” katanya.

Majlis menandatangani MoU oleh Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Rizal Nainy dan Ketua Pegawai Eksekutif Enterprise Singapore, Lee Chuan Teck

MoU itu ditandatangani bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia Rizal Nainy dan Ketua Pegawai Eksekutif Enteprise Singapore Lee Chuan Teck, disaksikan Perdana Menteri kedua-dua negara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lee Hsien Loong.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Dato’ Dr. Azfar bin Mohamad Mustafar.

Majlis MoU itu diadakan di The Istana, Singapura pada 30 Oktober 2023 bersempena lawatan kerja Perdana Menteri Malaysia ke sesi Permukiman Pemimpin-pemimpin Malaysia-Singapura yang Ke-10

Pada tahun 2022, Singapura muncul sebagai rakan dagang kedua terbesar Malaysia di peringkat global dan menduduki tangga teratas dalam kalangan negara ASEAN.

Jumlah dagangan antara kedua-dua negara mencecah RM368.1 bilion, dengan lebihan perdagangan kepada Malaysia. Eksport Malaysia ke Singapura pada 2022 mencecah RM232.56 bilion, manakala import berjumlah RM135.63 bilion.

Lebihan perdagangan yang besar ini menunjukkan kerjasama ekonomi yang kukuh antara kedua-dua negara.

Trend positif dalam perdagangan Malaysia-Singapura berterusan bagi tempoh Januari hingga Ogos 2023, dengan nilai dagangan mencecah RM281.9 bilion.

Prestasi ini menyerlahkan daya tahan dan dinamik hubungan perdagangan dua hala. Statistik ini menunjukkan komitmen yang jitu terhadap pertumbuhan dan kemakmuran bersama yang menekankan kepentingan perkongsian strategik antara kedua-dua negara.

Coelho

Related Posts

HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

  • August 10, 2026
Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

  • August 10, 2026
HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

DPS Resources, Hangyue Rancang Pusat Data 89MW di Melaka, Sasar Tarik Perusahaan China

  • August 7, 2026

Gaji RM3,000 Ke Bawah Tak Perlu Setem Kontrak Kerja, HASiL Perjelas Peraturan

  • August 7, 2026
Gaji RM3,000 Ke Bawah Tak Perlu Setem Kontrak Kerja, HASiL Perjelas Peraturan

SCIB Raih Subkontrak RM24.59 Juta Bina Semula Sekolah Usang di Tambunan

  • August 5, 2026
SCIB Raih Subkontrak RM24.59 Juta Bina Semula Sekolah Usang di Tambunan

LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

  • August 4, 2026
LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia