Hartalega catat keuntungan suku kedua

KUALA LUMPUR: Hartalega Holdings Bhd (Hartalega) mencatatkan keuntungan bersih berjumlah RM29 juta pada suku kedua berakhir 30 September 2023, setanding dengan keuntungan yang dicapai pada suku kewangan sama pada tahun sebelumnya.

Keuntungan sebelum cukai mencecah RM36 juta berbanding RM37 juta pada suku yang sama tahun lalu, manakala hasil pula susut kepada RM452 juta berbanding RM585 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun lalu disebabkan jumlah jualan dan harga jualan purata (ASP) yang lebih rendah.

Untuk tempoh terkumpul enam bulan berakhir 30 September 2023, Hartalega mengalami kerugian bersih berjumlah RM9 juta.

Hasil bagi tempoh enam bulan lebih rendah iaitu RM892 juta berbanding RM1.4 bilion bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Tidak termasuk peruntukan sekali sahaja untuk bayaran pemberhentian kerja berjumlah RM47 juta bagi penutupan kilang Bestari Jaya yang diiktiraf pada suku pertama tahun kewangan 2024, kumpulan sepatutnya mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM38 juta bagi enam bulan pertama, berbanding RM171 juta untuk tempoh yang sama tahun lalu.

Penyusutan ini terutamanya disebabkan jumlah jualan dan ASP lebih rendah, yang diimbangi oleh penurunan kos bahan mentah dan buruh.

Ketua Pegawai Eksekutif Hartalega, Kuan Mun Leong, berkata keadaan mencabar dalam sektor sarung tangan dijangka berlarutan pada separuh kedua tahun kewangan, sambil industri terus terkesan akibat lebihan bekalan dan persaingan sengit di peringkat global, yang memberikan tekanan terhadap ASP.

Bagaimanapun, beliau berkata proses penyusunan semula kapasiti baru-baru in bagi pengeluar domestik utama dan juga langkah beberapa syarikat kecil untuk keluar daripada sektor ini telah mengurangkan sedikit tekanan akibat bekalan berlebihan di pasaran.

Katanya, dalam keadaan yang sukar ini, kumpulan memberi tumpuan terhadap rancangan strategik lima tahun untuk menempuh cabaran semasa dan mengukuhkan kelestarian dan daya tahan dalam jangka panjang.

  • Coelho

    Related Posts

    Public Bank jalin kerjasama dengan Jati Tinggi pasang panel solar RM14.88 juta

    KUALA LUMPUR: Public Bank dan Jati Tinggi Group Berhad (Jati Tinggi) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memasang sistem panel solar fotovoltaik (PV) bernilai RM14.88 juta. Menerusi memorandum itu, Jati Tinggi,…

    Sapura Energy peroleh kontrak Pan Malaysia daripada Petronas Carigali

    KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Sapura Energy Bhd, Sapura Fabrication Sdn Bhd memperoleh kontrak penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan luar pesisir Pan Malaysia, daripada Petronas Carigali Sdn Bhd. Dalam kenyataannya semalam,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    • June 5, 2025
    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    • June 4, 2025
    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    • May 29, 2025
    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

    • May 29, 2025
    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025