Wan Ahmad Dahlan dilantik sebagai KPPA baharu

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang baharu, berkuat kuasa 9 Januari 2024.

Pelantikan itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, setelah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi menggantikan Datuk Seri Dr Zulkapli Mohamed.

“Saya yakin dengan pengalaman serta kredibiliti yang dimilikinya, beliau mampu menggalas tanggungjawab yang diamanahkan ini bagi menyokong usaha serta memastikan pembaharuan sektor awam selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

“Kerajaan merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Zulkapli atas segala khidmat bakti beliau sepanjang perkhidmatan sebagai KPPA,” katanya.

Wan Ahmad Dahlan, 58, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera Ilmu Komunikasi (Kepujian) dari Universiti Airlangga, Surabaya, Indonesia dan Ijazah Sarjana Pengajian Strategik dan Pertahanan dari Universiti Malaya.

Beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 29 tahun sejak mula menyertainya sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Pengangkutan pada 25 Januari 1995.

Beliau juga mempunyai pengalaman dalam pelbagai bidang termasuk dasar, pengurusan dan perkhidmatan serta pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah ICU-JPM.

Selain itu, Wan Ahmad Dahlan pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, di Istana Negara serta di Jabatan Perkhidmatan Awam.

Coelho

Related Posts

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

KUALA LUMPUR, Sept 30 – The RM2.8 billion Helios Solar Park in Gua Musang, Kelantan, with a planned generation capacity of one gigawatt (GW), is targeted to commence commercial operations…

AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras

KUALA LUMPUR, 9 Julai 2026 – AIZO Group Berhad (“AIZO” atau “Syarikat”) terus memperkukuh segmen pembinaannya selepas anak syarikat milik penuh, AIZO Construction Sdn. Bhd. (“AIZO Construction”), menerima subkontrak bernilai…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

  • September 30, 2026
Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

Sapura Resources kembali untung RM1.82 juta, sewa Permata Sapura sokong hasil suku kedua

  • September 27, 2026
Sapura Resources kembali untung RM1.82 juta, sewa Permata Sapura sokong hasil suku kedua

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Grab beli saham lebih AS$30 juta selepas harga jatuh ke paras terendah tiga tahun

  • September 26, 2026
Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Grab beli saham lebih AS$30 juta selepas harga jatuh ke paras terendah tiga tahun

Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

  • September 19, 2026
Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

  • September 19, 2026
AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat