Premier Sarawak bentang belanjawan negeri 2024, RM13.6 bilion

  • News
  • November 20, 2023

KUCHING: Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg membentangkan belanjawan pengembangan bagi negeri itu dengan jumlah RM13.6 bilion untuk tahun depan, pada Isnin.

Beliau berkata belanjawan itu mewakili peningkatan sebanyak 18% daripada RM11.5 bilion yang disediakan untuk perbelanjaan mengurus dan membangun negeri bagi 2023.

“Belanjawan 2024 terus menjadi belanjawan pengembangan yang akan meningkatkan perbelanjaan kerajaan seterusnya akan merangsang pertumbuhan ekonomi negeri,” katanya ketika membentangkan belanjawan itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.

Beliau berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM9.04 bilion bagi tujuan pembangunan dan RM4.56 bilion sebagai perbelanjaan mengurus menerusi belanjawan bertemakan ‘Pembangunan Untuk Semua: Bersama, Membina Sarawak yang Makmur, Mampan dan Bersatu’ itu, katanya.

“Belanjawan itu akan terus menyediakan peruntukan kepada sektor utama untuk memacu pembangunan ekonomi dan akhirnya menjadikan ekonomi negeri makmur, teguh dan berdaya tahan,” katanya.

Abang Johari berkata tumpuan kepada pembangunan kawasan luar bandar akan diteruskan.

“Usaha ini diperkukuh dengan menubuhkan sembilan agensi pembangunan wilayah, yang berperanan penting dalam memperkasakan masyarakat setempat melalui pendekatan terperinci kepada usaha yang lebih besar,” katanya.

Beliau berkata kerajaan Sarawak akan menyediakan bantuan kos sara hidup dalam beberapa aspek untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung kumpulan berpendapatan pertengahan, melabur secara bersasar dan terus melaksanakan program dan projek penting untuk manfaat rakyat.

“Ini adalah belanjawan terbesar yang pernah disediakan kerajaan Sarawak dalam sejarah, bukti kepada kejayaan kita merekayasa hasil negeri dan berjimat dalam pengurusan kewangan,” katanya. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

  • News
  • March 13, 2025
  • 124 views
Caruman i-Saraan cecah RM2.6 bilion tahun 2024

KUALA LUMPUR: Caruman program i-Saraan iaitu caruman sukarela di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM2.6 bilion pada 2024. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata peruntukan…

  • News
  • March 13, 2025
  • 139 views
Dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy adalah pinjaman – PM

KUALA LUMPUR: Suntikan pelaburan sebanyak RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Berhad (SEB) dilaksanakan dalam bentuk pinjaman bukan berbentuk dana hangus. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihak pengurusan syarikat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

  • April 7, 2025
Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan

  • April 7, 2025
U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan

Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

  • March 27, 2025
Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

  • March 25, 2025
IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO