TMJ dilantik Pemangku Sultan, Pikul Tangungjawab Jaga Negeri Dan Rakyat Johor

  • News
  • November 22, 2023

JOHOR BHARU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini bertitah Pemangku Sultan memikul tanggungjawab menjaga negeri dan rakyat Johor serta menjalankan segala hak dan kuasa pemerintahan negeri.

Sultan Ibrahim bertitah, mengikut perlembagaan, sepanjang tempoh baginda memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong, baginda perlu melepaskan tampuk pemerintahan negeri kepada Tunku Mahkota Johor yang akan Baginda lantik sebagai Pemangku Sultan.

Justeru, Baginda amanahkan kepada kerajaan Negeri untuk memberi tunjuk ajar kepada Tunku Mahkota Johor.

“Sama macam mana saya dibimbing sebagai Pemangku Sultan ketika Almarhum ayahanda saya menjadi Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1984.

“Pemangku Sultan akan memikul tanggungjawab untuk menjaga negeri dan rakyat Johor, serta menjalankan segala hak dan kuasa pemerintahan negeri kecuali sebagai Ketua Agama Islam.

“Walaupun saya bersemayam di Istana Negara, ini bukan bermakna saya berhijrah terus ke Kuala Lumpur. Saya akan selalu balik ke Johor kerana ini kampung saya. Harap orang Johor janganlah lupakan saya dan janganlah buat tak kenal saya selepas ini,” titah DYMM Sultan Johor.

Titah ucapan Sultan Ibrahim itu di dalam Majlis Istiadat Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda Ke-65 di Bilik Singgahsana Istana Besar Johor Bahru, hari ini.

Baginda turut mengingatkan pegawai-pegawai kerajaan supaya jangan campurkan urusan politik di dalam pentadbiran kerajaan.

“Setiap keputusan dibuat hendaklah bersandarkan kepada kepentingan rakyat dan kerajaan, bukan disebabkan kepentingan politik.

“Jalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan jujur dan amanah. Anda semua sudah memahami cara saya dan jangan buang masa dan jangan banyak temberang.

“Saya juga akan tinggalkan satu mata dan telinga di Johor untuk memantau apa yang berlaku di sini. Jangan terkejut jika saya tiba-tiba menjelma ke mana-mana daerah,” titah Baginda.

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Chin Hin Group Property & Atlan Holdings Lancar Projek Kediaman Ikonik “The Eclipse” di Johor Bahru

  • December 6, 2025
Chin Hin Group Property & Atlan Holdings Lancar Projek Kediaman Ikonik “The Eclipse” di Johor Bahru

Catcha Digital Selesaikan Pengambilalihan Maxoom Bernilai RM6.13 Juta, Tinggal Dua Lagi Transaksi Utama

  • December 5, 2025
Catcha Digital Selesaikan Pengambilalihan Maxoom Bernilai RM6.13 Juta, Tinggal Dua Lagi Transaksi Utama

Ancom Nylex Umum Pelupusan 50% Saham Maxlive kepada Rakan Strategik Thailand Bernilai RM76.9 Juta

  • December 5, 2025
Ancom Nylex Umum Pelupusan 50% Saham Maxlive kepada Rakan Strategik Thailand Bernilai RM76.9 Juta

Pemegang Saham Malayan Cement Beri Mandat Baharu, Francis Yeoh Kekal Pengerusi Eksekutif

  • December 5, 2025
Pemegang Saham Malayan Cement Beri Mandat Baharu, Francis Yeoh Kekal Pengerusi Eksekutif

Dato’ Julita Ilhani Dilantik Pengerusi Baharu MCCD, Gerakkan Agenda Transformasi PKS MADANI

  • November 18, 2025
Dato’ Julita Ilhani Dilantik Pengerusi Baharu MCCD, Gerakkan Agenda Transformasi PKS MADANI

SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa