Kelantan keluar jenama beras tempatan sendiri tahun depan

  • News
  • November 27, 2023

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan mengeluarkan beras tempatan dengan menggunakan jenama sendiri iaitu Beras Agro Darul Naim, mulai tahun depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.

Beliau berkata pendekatan itu dibuat susulan kerajaan negeri menyediakan peruntukan khas untuk tujuan berkenaan.

“Untuk tahun depan, kerajaan negeri sudah membuat peruntukan khas bagi membangunkan kilang padi dan beras di Meranti, Pasir Mas.

“Susulan itu kita akan mengeluarkan beras tempatan sendiri yang akan menggunakan nama Beras Agro Darul Naim,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Azhar Salleh (PAS-Pulai Chondong) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Mengenai langkah kerajaan negeri dalam menghadapi isu dan cabaran keterjaminan makanan rakyat, Tuan Mohd Saripudin berkata, beberapa pendekatan sudah diambil kerajaan negeri.

“Antaranya menubuhkan Jawatankuasa Induk Sekuriti Makanan Kelantan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar dan Jawatankuasa Kerja Sekuriti Makanan Kelantan yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Kelantan. Kedua-dua jawatankuasa berkenana ditubuhkan Mei tahun lalu.

“Jawatankuasa ini membabitkan pelbagai agensi termasuk agensi kerajaan Persekutuan dan negeri dan pihak berkuasa tempatan bagi menyelaras gerak kerja dan perancangan projek serta memperhalusi isu-isu berkaitan dan langkah-langkah penyelesaian yang sesuai bagi menangani isu berbangkit berkaitan keterjaminan makanan.

“Pada masa sama kita memberi insentif secara bersasar dan selektif kepada golongan sasar. Untuk tahun ini, Kelantan memperuntukan sebanyak RM3.6 juta membabitkan 357 projek pertanian bagi tujuan ini,” katanya.

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

  • July 13, 2026
Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

  • July 12, 2026
Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

  • July 12, 2026
BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

  • July 10, 2026
CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

  • July 10, 2026
Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras

  • July 9, 2026
AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras