Pendapatan Malayan Flour terjejas susulan tindakan memboikot terhadap McDonald’s dan KFC – AmInvestment

KUALA LUMPUR: Hasil pendapatan Malayan Flour Mills Berhad terjejas kesan tindakan orang ramai memboikot restoran makanan segera McDonald’s dan KFC yang merupakan pelanggan kepada syarikat itu.

AmInvestment Bank Research berkata, hasil jualan kumpulan itu bagi sektor makanan segera menyusut sebanyak 6.3% pada suku ketiga 2023.

“Pada masa ini, permintaan ayam adalah lebih rendah antara 30% hingga 40% daripada paras biasa berbanding penyusutan 60% semasa boikot berada pada paras tertinggi,” katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

Terdahulu, untung bersih kumpulan itu susut kepada RM27.4 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2023 (3QFY23) berbanding RM47.4 juta pada tahun sebelumnya.

Jualan tepung dan bijirin menjana keuntungan operasi sebanyak RM37juta pada suku ketiga berbanding RM40.5 juta pada tahun lalu.

Keuntungan operasi dagangan tepung dan bijirin merosot sebanyak 8.6% pada suku ketiga tahun ini disebabkan oleh margin caruman yang lebih rendah daripada harga jualan yang lebih rendah ditambah pula dengan kelemahan ringgit dalam tukaran mata wang asing yang sebahagiannya diimbangi peningkatan dalam jumlah jualan.

Firma penyelidikan itu berkata, pemulihan dalam pendapatan tepung Malayan Flour dijangka berterusan sehingga suku keempat tahun ini berikutan kos gandum yang lebih rendah. Permintaan untuk produk tepung juga telah bertambah baik di Vietnam.

Katanya, jumlah jualan produk tepung kumpulan itu meningkat 10.4% di Malaysia dan 2.4% di Vietnam pada 9MFY23.

“Di Vietnam, jumlah jualan meningkat semula sebanyak 11.9% pada 3QFY23 sebelum ini permintaan menjunam pada 1HFY23 disebabkan oleh kos gandum yang lebih tinggi pada FY22.

“Malayan Flour merancang untuk mengembangkan kapasiti pengeluaran kilang tepungnya di Lumut kepada 600 tan sehari. Pembesaran itu dijangka menelan belanja RM30 juta dan mula beroperasi pada akhir FY24,” katanya.

AmInvestment mengekalkan saranan ‘beli’ dengan harga wajar (FV) 80 sen sesaham.

Coelho

Related Posts

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

  • June 14, 2025
Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

  • June 14, 2025
Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

  • June 13, 2025
Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN

  • June 13, 2025
KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN