KKM laksana 5 strategi kawalan COVID-19

  • News
  • December 18, 2023

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini umumkan lima strategi utama di bawah Pelan Pengurusan COVID-19 dalam menghadapi peningkatan mendadak kes COVID-19 ketika ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata strategi pertama adalah pengesanan awal kes COVID-19 dan varian SARS-CoV-2.

Strategi kedua pula kata beliau, pemerkasaan komuniti melalui amalan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, dan Seek), sementara strategi ketiga, pemantauan fasiliti kesihatan, pengurusan dan kawalan kes COVID-19 terutamanya untuk melindungi golongan berisiko tinggi.

“Strategi keempat, pemerkasaan komuniti melalui komunikasi risiko yang berkesan dan strategi kelima, pendigitalan sistem kesihatan dalam pengurusan pandemik melalui aplikasi MySejahtera,” katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan (KKM) di Putrajaya hari ini.

Secara keseluruhan, katanya walaupun terdapat peningkatan kes COVID-19 yang dilaporkan, keadaan semasa di Malaysia masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.

Sementara itu, ditanya sama ada KKM bercadang akan menguatkuasakan kembali sebarang sekatan termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Dr Dzulkefly berkata KKM tidak bercadang untuk melaksanakan sebarang sekatan.

“Kita (KKM) harap dapat melalui (fasa peningkatan jangkitan ketika ini) tanpa melalui sekatan termasuk PKP yang dilaksana pada awal pandemik dulu.

“Kita dah tak cakap mengenainya (sekatan) atau akan mengulangi PKP. Sebab banyak yang tanya dan banyak kegusaran di situ,” katanya.

Katanya, fasiliti kesihatan ketika ini sudah bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan berlaku peningkatan kemasukan pesakit ke hospital.

“Kita sedia termasuk dengan (fasiliti kesihatan) ATM, swasta dan NGO (badan bukan kerajaan),” katanya.

Coelho

Related Posts

  • News
  • April 8, 2025
  • 17 views
Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

KUALA LUMPUR: Hampir 95 peratus pekerja Menara Kuala Lumpur (Menara KL) sedia ada telah bersetuju menerima tawaran syarikat konsesi baharu LSH Service Masters Sdn Bhd (LSHSM), kata Ketua Pegawai Operasinya,…

  • News
  • March 13, 2025
  • 124 views
Caruman i-Saraan cecah RM2.6 bilion tahun 2024

KUALA LUMPUR: Caruman program i-Saraan iaitu caruman sukarela di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM2.6 bilion pada 2024. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata peruntukan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

  • April 8, 2025
Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

  • April 8, 2025
Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

  • April 7, 2025
Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan

  • April 7, 2025
U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan