Kerajaan salur RM255 juta kepada pekebun kecil getah hadapi musim tengkujuh

  • News
  • December 20, 2023

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM255 juta diperuntukkan kepada pekebun kecil getah di seluruh negara yang terkesan akibat musim tengkujuh tahun ini bagi meringankan beban mereka dalam menghadapi cabaran pengeluaran hasil getah ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata peruntukan itu akan disalurkan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, sebanyak 311,596 permohonan sudah diterima daripada jumlah sasaran penerima yang ditetapkan iaitu 318,750 individu membabitkan tiga agensi yang bertanggungjawab mengendalikan pembayaran berkenaan.

“Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menerima sebanyak 230,735 permohonan, manakala Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) menerima 69,077 permohonan dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pula 11,784 permohonan.

“Setakat ini, bagi fasa penyaluran bantuan, tiga agensi sudah mencapai prestasi bayaran RM140,829,600 iaitu pekebun kecil dan penoreh getah RISDA sebanyak RM76,140,800, LIGS (RM55,261,600) dan FELDA (RM9,427,200),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, setakat bulan ini, sebanyak 271,213 permohonan sudah diluluskan dan setiap pemohon juga sudah menerima bayaran sebanyak RM200 bagi November dan Disember tahun ini.

“Baki bayaran akan dikreditkan ke akaun penerima pada Januari dan Februari 2024 menjadikan jumlah keseluruhan bayaran sebanyak RM800,” katanya.

Beliau berkata, kelayakan penerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) melalui RISDA adalah pekebun kecil dan penoreh yang memiliki dan mengusahakan tanaman getah tidak melebihi 2.5 hektar.

Coelho

Related Posts

  • News
  • March 13, 2025
  • 120 views
Caruman i-Saraan cecah RM2.6 bilion tahun 2024

KUALA LUMPUR: Caruman program i-Saraan iaitu caruman sukarela di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM2.6 bilion pada 2024. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata peruntukan…

  • News
  • March 13, 2025
  • 134 views
Dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy adalah pinjaman – PM

KUALA LUMPUR: Suntikan pelaburan sebanyak RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Berhad (SEB) dilaksanakan dalam bentuk pinjaman bukan berbentuk dana hangus. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihak pengurusan syarikat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

  • March 27, 2025
Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

  • March 25, 2025
IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

  • March 19, 2025
Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan

  • March 19, 2025
Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan